Semua orang mampu jadi orang baik apabila dirinya berkehendakan begitu. Namun, ada saja yang terlupa jadi baik itu membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Lalu akan ada orang yang mengingatkan bagaimana hendak menjadi orang baik terutama di negara sendiri, Malaysia tercinta.

Pada 27 Julai 2017 yang lalu, Sharifah Hani Yasmin‏ (@sharifahyasmiin) telah mengendalikan akaun Twitter @twt_malaysia selama beberapa hari. Beliau ada menulis satu thread yang menarik iaitu: “Ways to be a nice person in Malaysia: A thread.” Dengan izin beliau menerusi email, kami tampilkan semula thread tersebut buat pembaca Vocket dalam bahasa Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Bersihkan sendiri meja anda selepas makan, terutama di tempat makanan segera. Di restoran? Tindihkan pinggan untuk memudahkan proses pembersihan oleh staf.

2. Buat perkara yang mudah seperti mengucapkan “hi” kepada jiran. Langkah seterusnya: tanya apakah keperluan diet mereka dan makan makanan bersama.

3. Nampak sampah di atas lantai? Buang ia agar laluan orang ramai jadi bersih. Tip: bawa sanitizer tangan atau basuh tangan anda selepas itu!

4. Ucapkan selamat pada hari cuti kebudayaan mereka. Tidak berasa selesa? Ucap “semoga anda mempunyai hari yang baik bersama keluarga.” Hanya bersikap baik!

5. Nampak selipar bersepah di luar kedai/masjid/dan lain-lain? Ambil seminit untuk bantu menyusunnya semula (terutama semasa terawih!)

6. Bawa buah-buahan ke pejabat/sekolah/universiti dan kongsikannya dengan orang sekeliling. Bajet ketat? Kongsi penghargaan pun boleh. Tanda ingatan juga dikira.

7. Sentiasa hormat dan bersikap baik terhadap staf perkhidmatan (tukang cuci, pemandu bas, pengawal dan lain-lain). Mereka adalah hero Malaysia yang tidak didendangkan.

8. Nampak binatang liar di sekeliling? Beli makanan untuknya. Lebih baik – cuba cari orang yang boleh mengambil mereka. 1 status FB yang ringkas juga bermakna.

9. Tanya ahli keluarga anda samada mereka okay atau tidak. Kadang kala kita tidak dapat mengenalpasti kesengsaraan walaupun di depan mata kita.

10. Guna beg plastik sendiri semasa membeli-belah terutama ketika di pasar malam. Ia bukan sahaja menjimatkan duit, ia turut menyelamatkan persekitaran kita.

11. Berhenti guna telefon apabila ada orang bercakap dengan anda (kecuali ia kecemasan). Beri mereka hormat dan perhatian penuh daripada anda.

12. Beli makanan/minuman dan beri kepada orang lain – minta cashier berikan ia kepada orang yang difikirkan memerlukannya.

13. Guna lampu isyarat semasa hendak membelok atau menukar laluan di jalanan. Atau dalam bahasa yang lebih mudah – just signal la!

Perkara paling penting yang ditekankan oleh Sharifah ialah: The Golden Rule: Treat others how you want to be treated!

Apa pendapat anda? Nampak ia mudah dan common sense bukan? Tapi bukan semua orang dapat melakukannya terutama apabila mereka merasakan terdesak mahu cepat ataupun sedang serabut dengan masalah kehidupan ataupun orang yang jenis “dunia ini saya yang punya.”

Ada juga di antara cara yang dinyatakan di atas ini telah diamalkan di negara barat seperti menggunakan beg membeli-belah sendiri yang dibawa dari rumah. Jika anda ada lagi cara yang patut dijadikan amalan baik, anda boleh kongsikannya di ruang komen.

Untuk thread asal anda boleh membacanya di sini.