Nota Editor: 5 tips agar bill telefon anda tidak melambung tinggi sewaktu travel ke luar negara ini telah dikongsikan oleh Missz Nur di Facebook beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjadi pengguna dan pelanggan telco yang lebih bijak.

data-roaming-8

Rasa terpanggil nak buat post pasal data roaming ni bila pagi tadi terbaca orang complaint caj melampau penggunaan data internet bila ke luar negara. 2 minggu lepas pun sahabat saya bercerita pengalaman dia ke India, hotel tak ada free wifi.

Kalau nak guna kena bayar dengan harga yang mahal. Saya tanya kenapa tak guna daily data roaming RM38 per day. Katanya dia tak tahu pasal tu dan pernah ada pengalaman dikenakan bil RM2,000 lepas balik dari luar negara dan sejak tu dia dah tak berani guna.

Kalau baca kat komen-komen di media sosial ramai yang cakap Celcom menipu, Maxis menipu, Digi pun penipu. Jadi saya tak kan ulas isu tipu menipu ni haha.

Saya cuma ingin kongsikan ilmu dan secebis pengalaman yang saya ada sebagai pengguna Celcom bila keluar negara. Kadang-kadang kita rasa macam ilmu tu semua org tahu, tapi sebenarnya mungkin ada terselit orang yang tak tahu. So saya harapkan ada yang beroleh manfaat atas perkongsian ni.

Bila baca orang complaint bil beribu ringgit memang bukan perkara yang mengejutkan sebab saya sendiri pun selalu dapat bil beribu ringgit bila balik dari luar negara.

data-roaming-2

Kalau takde rebate tu, mau nya tak pitam nak bayar bil banyak macam tu. Maknanya sehari bil sy ialah RM 2,900. Sila bayang kalau 7 hari RM20,300. Boleh travel sampai lebam dengan duit tu. Haha.

Boleh refer bil terbaru saya bulan lepas semasa Trip Turki & Greece. Ada terselit caj sebanyak RM5,800 dalam bil tu. Untuk pengetahuan, tu sebenarnya caj yang dikenakan oleh telco disebabkan saya telah aktifkan penggunaan data internet selama 2 hari ketika saya di Turki.

Tapi dekat bawah tu akan ada potongan rebate seabb saya gunakan Daily Data Roaming RM38.

Baca: 10 Tips Menjadikan Bateri Telefon Android Bertahan Lebih Lama

data-roaming-3

Kat bawah saya akan senaraikan tips macam mana nak guna data internet dan dalam masa yang sama anda tak rasa nak pitam bila dapat bil selepas balik dari luar negara :

1. Sila ambil tahu dahulu telco partner Celcom di negara yang anda nak pergi.

data-roaming-4

Bila set network provider kat negara ni, wajib pilih telco yang telah disenaraikan oleh Celcom.

Yang ni anda boleh check kat website Celcom ataupun call hotline. Kelebihan call hotline mereka akan bagitau sekali kod yang perlu didail supaya jika anda ingin buat panggilan dari luar negara ke Malaysia pada kadar yg lebih murah berbanding membuat panggilan terus.

2. Masa dalam kapal terbang set lah siap-siap setting network selection handphone anda kepada mode MANUAL.

data-roaming-6

Set kepada mode Manual

Inilah permulaan kepada punca bil MELAMBUNG jika anda membiarkan setting network selection anda dalam mode AUTOMATIC. Ini kerana kemungkinan anda tak akan perasan telco yg digunakan bukan telco partner untuk Celcom.

Anda harus pilih secara manual ke telco partner yang sepatutnya. Jika anda aktifkan data dengan menggunakan telco lain, bersiap sedialah untuk membayar ribuan ringgit walaupun hanya pengunaan sekejap-sekejap sahaja.

3. Harus di ingat penggunaan Daily Data Roaming ni di caj berdasarkan time zone Malaysia iaitu dari pukul 12.00am hingga 11.59pm.

Jadi kalau berhasrat nak ON kan data tu sebaiknya ON awal-awal ikut waktu Malaysia supaya boleh fully utilise. Tak ada lah rasa rugi membayar tapi guna cuma sejam dua kan.

Dan paling penting pastikan anda OFF balik data roaming tu sebelum 11.59pm waktu Malaysia. Bila berada kat negara yang beza masa 6 ke 7 jam dari Malaysia, saya sarankan set alarm handphone 10 -15 minute sebelum 11.59pm waktu Malaysia supaya anda tidak terbabas untuk off data. Hehe. Ni berdasarkan pengalaman yang kenkadang sipi-sipi lagi nak terbabas masa.

4. Ada yang tanya kenapa tak beli simcard local sahaja.

data-roaming-5

Sila maklum Vietnam dah tak ada dalam list. So jangan aktifkan daily data roaming di sana.

Bagi saya sendiri, kalau di Indonesia atau Vietnam saya akan gunakan simcard local. Lebih berbaloi. Kalau ke Korea atau Japan saya tak aktifkan pun data roaming sebab wifi merata-rata ada.

Saya akan ada masalah bila kembara merentas banyak negara misalnya di Europe. Memang tak reti bab beli simcard kat sana. Kebiasaanya memang bergantung kepada wifi hotel atau hostel sahaja untuk sentiasa update dengan family.

5. Ada masanya kita perlukan data internet bila on-the-go travel.

Sama ada anda kebosanan dalam train atau bas berbelas jam atau pun emergency sesat tak tau jalan. Haha. Dan bagi saya, rasa lebih senang aktifkan Daily Data Roaming ni bila-bila masa yang saya rasa perlu.

data-roaming-7

Aktifkan personal hotspot jika anda nak kongsikan data internet dengan orang lain dan pastikan anda set password.

Tambahan pula data roaming ni boleh dikongsikan dengan travel buddies yang lain. Tak ada limit quota penggunaan dalam sehari. Kalau pegi berempat, kos data internet anda cuma RM9.50 sehari bila aktifkan. Tapi biasanya kami akan bergilir-gilir aktifkan data jika perlu.

Sila ambil tahu pakej data apa yang ditawarkan oleh telco anda bila keluar negara untuk mengelakkan anda pitam bila dapat bil. Better safe than sorry.

Baca lagi: Dengan Teknologi Ini Anda Tidak Lagi Perlu Swipe Telefon Bimbit Anda

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram