Bagi yang bukan kaki shopping, jika berkunjung ke Vietnam mungkin boleh cuba pergi ke beberapa lokasi selain daripada bandar Ho Chi Minh yang sesak, padat dan ramai orang itu.

Berikut saya kongsikan 3 lokasi dan cara untuk ke sana seperti mana yang telah saya lakukan sewaktu travel ke Vietnam baru-baru ini.

1. Mui Ne

Untuk ke Mui Ne boleh naik bas dari HCM, dalam 4 jam. Antara yang best di Mui Ne ni ialah sunrise / sunset tour. Boleh ambil pakej dari travel agent. Selain daripada Sand Dunes, ada juga White Sand, Fishing Village, Walking in the River.

2. Dalat

Dari Mui Ne, boleh terus ke Dalat, dalam 4jam. Boleh beli open tiket bas siap-siap masa di HCM, jimat. Yang menariknya Dalat ni cuacanya ala-ala Cameron Highland, mungkin sejuk lagi. Ada beberapa air terjun di Dalat, siap ada pakej untuk yang suka outdoor, macam rock climbing etc.

3. Vung Tou

Bandar ni dalam 2 jam dari HCM, boleh naik bas awam (kena naik 2 bas) atau van untuk perjalanan terus ke sini. Benda yang best kat sini seperti pantai yang besar, bot untuk pusing-pusing laut, tempat camping etc (boleh rujuk travel information untuk banyak lagi maklumat).

Dari Vung Tou ada direct bas ke HCM airport. Tempat lain yang boleh terokai di Vietnam seperti Nha Trang, Hoi An, Da Nang dan Hue, Vinh.

tip-travel-ke-vietnam-1

tip-travel-ke-vietnam-2

tip-travel-ke-vietnam-3

tip-travel-ke-vietnam-4

tip-travel-ke-vietnam-5

Baca: 9 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Vietnam

Dan ini pula 6 tips yang boleh dijadikan panduan sewaktu anda travel ke Vietnam.

1. Makanan halal di Vietnam

Jika berada di bandar Hanoi ( sekitar pasar malam – Old Quarter ), atau di bandar Ho Chi Minh pun ada juga kedai makanan halal. Tapi jika ke kawasan lain, makanan halal macam tiada.

Jadi, kena lah sediakan roti, coklat atau buah. Yang rajin nak membawa dapur kecil pun boleh, cuma pastikan gas kecil tu tak termasuk dalam hand luggage, tak pasal-pasal nanti kena buang.

2. Keliru dengan status daging.

Yang ni memang kena hati-hati sikit. Kalau kita tanya “is that chicken?” Silap-silap penjual tu angguk, padahal itu babi.

Dia tak faham English mungkin. Menurut penduduk tempatan, kebanyakkan bubur nasi akan menggunakan daging babi untuk buat sup. Lebih sedap.

3. Scam di Vietnam

Banyak travel information mengenai scam di Vietnam sampai kita pun takut nak ke Vietnam. Masa di Mui Ne, tengah lepak tepi jalan waktu tengah malam, ada lah warga tempatan datang nak jual weed (ganja), tolak dengan cara baik sebab budak tu tengah high.

Tak kisah la kita ke Vietnam atau negara mana sekali pun, pastikan kita selalu berada di zon selamat untuk diri sendiri. Kalau rasa tak yakin, terus blah.

tip-travel-ke-vietnam-6

tip-travel-ke-vietnam-8  tip-travel-ke-vietnam-9

tip-travel-ke-vietnam-10

4. Tandas

Tak semua tandas awam akan ada paip. So better spare one small bottle.

5. ATV ride di Mui Ne

Kalau ke Mui Ne (gurun) dan nak cuba atv motor, harga 250,000 Dong per orang (RM45). Make sure be extra careful, tak pasal boleh kemalangan.

6. Harga barang

Kalau tak berniat nak beli sesuatu barang, lebih baik tak payah tanya atau cuba untuk tawar harga. Tak pasal kena marah atau dimaki. Kalau minat, baru minta kurangkan harga. Boleh cuba tawar harga separuh daripada harga asal.

Baca lagi: 10 Tips Yang Perlu Difahami Sebelum Anda Melancong Ke Vietnam