Sedikit perkongsian bagi yang belum berkesempatan untuk sampai ke Colossuem Rome. Di sini, saya kongsikan sedikit info dan gambaran keadaan Colosseum Rome yang merupakan salah satu 7 keajaiban dunia yang perlu dilawati.

Colosseum atau dalam bahasa Itali colosseo adalah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina oleh Empayar Rome.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Colosseum pada zaman dahulu adalah tempat penyelenggaraan pertunjukan spektakuler seperti pertarungan antara binatang buas, pertarungan antara tahanan dengan binatang, pertarungan dalam air dengan cara memenuhi arena dengan air dan pertarungan antara gladiator atau tahanan perang.

Colosseum mampu menampung 50,000 penonton. Manakala,tempat duduk di Colosseum terbahagi kepada 3 bahagian mengikut kelas golongan.

Di aras pertama ada podium yang disediakan untuk para senator.

Diaras kedua pulak diperuntukkan bagi para bangsawan dan kesatria.

Dan tingkat yang ketiga diperuntukkan bagi para penduduk biasa.

Tempat duduk diaras 3 ini dibezakan menjadi 2 bahagian. Tempat yang dibawah adalah bagi penduduk kaya dan tempat dibarisan atas pulak bagi penduduk yang miskin.

Untuk pengetahuan semua bangunan ini mengalami kerosakan yang teruk akibat terbakar disambar petir dan beberapa kali akibat gempa bumi yang berlaku di Itali.

Kini, bahagian bangunan yang masih tinggal dan kekal sehingga sekarang menjadi salah satu keajaiban dunia dan merupakan daya tarikkan Rome yang popular dikalangan pelancong.

Tiket untuk masuk ke dalam Colosseum berharga €12, sah untuk 2 hari dan hanya dibenarkan guna untuk sekali masuk sahaja. Tiket yang sama juga boleh diguna untuk masuk ke Roman Forum dan Palatine hill.

Waktu operasi adalah berbeza mengikut musim dan bulan. Sebagai contoh jika anda pergi bulan April (spring time) waktu operasi bermula seawal 8:30 pagi sehingga 7:15 petang.

Manakala, jika anda pergi pada hujung bulan October – February (winter time waktu siang lebh pendek) waktu operasi disingkatkan bermula jam 8:30 pagi – 4:30 petang.

Untuk mengelakkan beratur panjang, anda boleh beli tiket secara online melalui www.rome-museum.com.

Sebaiknya anda pergi pada waktu pagi kerana pada sebelah petang terlalu ramai pelancong yang datang dan keadaan menjadi agak sesak. So sangatlah tak best bila perlu berasak dan bersempit untuk masuk ke dalam.

Semasa berada di sini korang dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan beg, camera, hp dan barang berharga yang lain.

Tempat ini merupakan tumpuan utama ramai pelancong dari seluruh dunia dan sudah tentulah terdapat ramai penyeluk saku yang berkeliaran dikawasan ini. Jadi sentiasalah beringat dan berwaspada supaya perkara tak diingini tidak berlaku.

Baca: 19 Tips Elak Kecurian Dan Kehilangan Duit Serta Barang Penting Semasa Travel

Cara mudah untuk sampai ke Colosseum, Rome adalah dengan menaiki Metro. Dari Termini station (train central station) ambil line MB dan terus berhenti di Closseo station. Hanya 2 station sahaja dari central station. Harga tiket sehala €1.50.

Disini saya sertakan gambar keadaan semasa didalam Colosseum Rome, Italy untuk rujukan anda yang belum pernah sampai ke sini lagi.

Sebelum ke sini saya ingatkan dalam Colosseum ni rata saja, rupanya tidak.

cara-ke-colosseum-rome-italy-1

cara-ke-colosseum-rome-italy-2

cara-ke-colosseum-rome-italy-3

cara-ke-colosseum-rome-italy-4

cara-ke-colosseum-rome-italy-5

cara-ke-colosseum-rome-italy-25

cara-ke-colosseum-rome-italy-26

cara-ke-colosseum-rome-italy-6

cara-ke-colosseum-rome-italy-7

cara-ke-colosseum-rome-italy-8

cara-ke-colosseum-rome-italy-9

cara-ke-colosseum-rome-italy-10

cara-ke-colosseum-rome-italy-11

cara-ke-colosseum-rome-italy-12

cara-ke-colosseum-rome-italy-13

cara-ke-colosseum-rome-italy-14

cara-ke-colosseum-rome-italy-15

cara-ke-colosseum-rome-italy-16

cara-ke-colosseum-rome-italy-17

cara-ke-colosseum-rome-italy-18

cara-ke-colosseum-rome-italy-19

cara-ke-colosseum-rome-italy-20

cara-ke-colosseum-rome-italy-21

cara-ke-colosseum-rome-italy-22

cara-ke-colosseum-rome-italy-23

cara-ke-colosseum-rome-italy-24

cara-ke-colosseum-rome-italy-27

cara-ke-colosseum-rome-italy-28

cara-ke-colosseum-rome-italy-29

Diharap info ini dapat membantu anda merancang dan memudahkan perjalanan anda untuk ke Colossuem Rome di Italy ini.

Baca lagi: 3 Perkara Asas Ini Boleh Bantu Anda Berjimat Sewaktu Travel Di Eropah