Bila di sebut China, pertama sekali yang melintas di kepala adalah tembok besar China @ Great Wall of China.

Tahukah anda tembok besar China juga mempunyai beberapa course/route & sectionnya? Yang paling terkenal bagi pelancong adalah Badaling great wall di Zhangjiakou.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi saya telah memilih untuk pergi section Mutianyu kerana keindahannya dan agak kurang dengan pelancong walaupun agak tinggi dan panjang.

Biasanya pelancong datang ke Beijing dan mengambil tour untuk ke Great Wall. Mengembara di bumi China sebenarnya sangat murah tetapi tidak dengan pakej tour.

tip-ke-tembok-besar-china-1

tip-ke-tembok-besar-china-2

Cara ke Mutianyu Great Wall of China tanpa guide (DIY)

1. Dari Beijing City, pergi ke Dongzhimen station by Subway dan exit B.

2. Berjalan ke depan sedikit ikut jalan cari Dongzhimen Bus Transport Hall di sebelah kiri.

3. Untuk ke Mutianyu ada 2 option iaitu bas 867 akan direct ke Mutianyu di mana cost lebih kurang 16¥/RM10 dan perjalanan mengambil masa 2 jam 30 min ATAU bas express 916(快) yang mengambil masa 1 jam 30 min dan harga 12¥/RM7.50 tetapi bas 916(快) ini akan berhenti di Huiarou Bei Dajie.

4. Di ingatkan, jangan salah ambik bas sebab ada dua bas 916 dan bas 916(快). Ambik bas916(快).

5. Setibanya di Huiarou Bei Dajie, ambil taxi atau minivan yang harga nya lebih kurang 20¥/RM12 per taxi dan perjalanan ke Mutianyu adalah lebih kurang 20 min.

6. Setibanya di pintu masuk Mutianyu beli tiket masuk 45¥/RM28 dan shuttle bas 15¥/RM9.

7. Anda diberi pilihan sama ada naik cable car atau boleh memanjat sampai ke atas.

8. Bagi Cable car cost 100¥/RM65 untuk perjalanan pergi balik.

9. Disebabkan kekurangan duit (bukan kedekut), saya memilih untuk hike dan mengambil masa 1 jam 45 min untuk sampai ke atas. But my recommend is ambik cable car, sebab penat gila kot memanjat. Menyesal pun ada sebab rugi masa sedikit.

10. Cable car terakhir adalah pada pukul 5.00 pm. Jadi kepada yang ambil cable car tu tolong turun sebelum pukul 5.00pm.

11. Setibanya di bawah, anda akan di sapa oleh ramai gila yang menawarkan minivan/taxi. Open price 60¥ tapi bargain dgn diorng mintak 20¥-30¥ per car untuk ke Huiarou Bei Dajie.

12. Huiarou Bei Dajie ambil bus 916(快) untuk pulang ke Dongzhimen Bus Transport Hall cost 12¥/RM7.50.

Baca: 8 Tip Travel Ke Beijing Melalui Jalan Darat Sambil ‘Honeymoon’ Seperti Kami

tip-ke-tembok-besar-china-3

Overall Cost to Mutianyu Great Wall
Bas 916(快) pergi – 12¥
Taxi pergi – 20¥
Ticket masuk – 45¥
Shuttle bus ke pintu masuk – 15¥
Cable car 2 way – 100¥
Taxi balik – 20¥
Bas 916(快) balik – 12¥

TOTAL COST: 224¥/RM140

Selamat mengembara. Chill ‘n’ choooi.

p/s: Ma, Abe dah sapa di China nih

Baca lagi: Oh! Di Sini Rupanya Tembok Besar China Ini Berakhir. Sungguh Tak Sangka!