Bagaimana nak bekerja di luar negara di bawah Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau lebih dikenali dengan nama UNited Nation (UN)? Bagi anda yang bercita-cita tinggi dan mahu bekerja di luar negara, Hazman Halid rakyat Malaysia yang telah beberapa tahun bekerja di UN sebagai Software Engineer telah sudi berkongsi tips berikut.

cara-cari-kerja-dengan-pbb-2

Untuk pengetahuan, Hazman kini menetap di Vienna, Austria dan tips ini diberikan selepas beliau menerima beberapa pertanyaan :

1. Bagaimana nak cari peluang kerja di UN?

1. Cari kekosongan kerja di careers.un.org.

2. Buat profil di situ dan isikan dengan penuh dan tepat (semua yang anda tulis anda akan terpaksa buktikan kelak).

3. Submit (hantar)

4. Kalau positif anda akan kena ambil peperiksaan (UN Exam dan kadangkala juga exam berkenaan bidang kerja)

5. Kalau lulus exam, baru interview dengan telefon. Panel interview untuk saya dulu 5 orang.

6. Kalau lulus semua, kena hantar dokumen berikut:

  • Kena suruh pihak Pendaftar Universiti hantar transkrip ke UN (bukan hantar sendiri).
  • Kena suruh ex-boss dulu hantar endorsement ke UN. Ertinya kalau kerja itu memerlukan 5 tahun pengalaman kerja, setiap syarikat sepanjang 5 tahun itu perlu hantar endorsement (ertinya, kita berhenti dalam keadaan elok). Ya kadangkala ada ex-boss yang tak suka kita, that’s something you have to deal with.
  • Ujian kesihatan di hospital Malaysia

7. Datang kerja pada hari yang ditentukan. Kad legitimation akan dibuat SELEPAS sampai (bukan macam kerja biasa, kena siapkan permit SEBELUM sampai). Ini kerana UN bekerja terus dengan kementerian luar negara Austria.

Bagi saya, kesemua 1-7 mengambil masa 5 bulan. Kos semua ditanggung sendiri (tapi dalam masa 2 bulan gaji, dah cover balik semua kos yang dikeluarkan tadi). Dalam sesetengah kes (staf kategori P), UN akan bayar kos pemindahan.

cara-cari-kerja-dengan-pbb-1

2. Adakah skil yang tinggi, penguasaan bahasa asing, pengalaman bekerja yang solid dan competency diperlukan?

1. Untuk jawatan saya, tidak perlu multilingual (cuma English). Tapi ya sebab kita berurusan dengan kerajaan pelbagai negara, sedikit pengetahuan dalam Bahasa Perancis, dll. akan menolong. Tapi tidak perlu.

2. Solid working experience – ya perlu.

3. Competency – ya perlu juga sebab calon yang datang minta kerja adalah dari seluruh dunia. Just do your best.

3. Benefits dan kebajikan sebagai pekerja UN. Adakah benefits sama diperolehi oleh staff UN Malaysia?

1. Saya tak tahu tentang UN Malaysia sebab tak pernah deal dengan mereka (mereka bahagian lain, kami bahagian kriminal).

2. Perks

(i) Ada macam EPF (tapi hanya selepas 5 tahun baru mula dapat sumbangan UN iaitu 2x sumbangan kita);

(ii) Kalau ada anak, dapat lebih kurang RM1,000 sebulan untuk mereka belajar sampai umur 21 tahun.

(iii) Tiada cukai pendapatan untuk kebanyakan negara kerakyatan (termasuk Malaysia).

(iv) Ada setengah benda yang boleh beli tax-free di sini (Autria).

(v) Taraf diplomatik di Austria bermakna boleh bawa kereta dengan lesen JPJ saja.

3. Gaji = tidak sebanyak kerja di syarikat korporat misalnya di Google, Facebook dsb. Tapi disebabkan tak ada income tax (sebaliknya kena bayar dalam 20% dari gaji ke UN which is lagi murah dari income tax), maka gaji yang masuk bank lebih sikit dari gaji biasa.

4. Insurans = nyawa about RM1M+, untuk perubatan UN bayar separuh kita bayar separuh.

5. Cuti tahunan: 30 hari

6. Waktu bekerja: 8 jam sehari, musim panas 7.5 jam sehari.

7. Surau/masjid – ada di bawah ofis di tingkat1.

cara-cari-kerja-dengan-pbb-4

cara-cari-kerja-dengan-pbb-5

4. PENTING

Risiko: ini bukan kerja suka-suka. Baca selanjutnya di link unoc.org.

Staff UN dipanggil “international civil servants” (kakitangan awam antarabangsa) dan terdapat banyak restriction yang perlu diikuti, termasuk:

1. Apa yang ditulis di media sosial tidak boleh sentuh polisi sesuatu negara, politik dll.

2. Tidak boleh membuat pendapatan sampingan dan/atau masuk business tanpa kebenaran.

3. Audit terhadap harta-benda bilamana perlu

4. Dilarang menerima hadiah di tempat kerja (atau sesuatu yang meragukan)

5. Memberi temuduga ke media

Dalam ertikata lain, kehidupan itu tidak sama dengan ‘orang biasa’.

Risalah penuh tentang syarat dan peraturan ada di www.un.org.

6. Kerja UN tidak sama dengan kerja untuk Malaysia (walaupun UN itu di Malaysia). Maka sebab itu sewaktu Malaysia ada ketegangan dengan Korea Utara beberapa bulan lepas, staff UN di Korea Utara (rakyat Malaysia) dilepaskan keluar.

Ia tidak sama dengan Pegawai Tadbir Diplomatik dalam kerajaan Malaysia. Mereka di bawah Wisma Putra. Mereka bekerja untuk kepentingan Malaysia. Kami tidak. (Apa pun kehidupan mereka lebih mewah).