Pada 22 Disember lalu, pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan dividen serta bonus buat para pelabur yang melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) bagi tahun 2022. Menariknya, ASNB pada tahun ini turut mengumumkan bonus tambahan buat para pelabur.

Seperti yang diumumkan, dividen ASB bagi tahun 2022 adalah sebanyak 3.35 sen seunit ditambah dengan bonus 1.25 sen seunit serta bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

cara kira dividen asb 2022

Pengumuman yang dibuat sekaligus telah membuatkan segelintir individu terus mengandaikan dividen ASB bagi tahun 2022 adalah sebanyak 5.1 sen seunit atau 5.1%.

Untuk pengetahuan, bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit hanya diberikan buat 30,000 unit pertama sahaja. Pemilikan unit melebihi 30,000 unit tidak akan diberikan bonus tambahan.

Dalam pada itu, pengiraan bagi para pelabur yang mempunyai jumlah pegangan unit amanah yang lebih besar mungkin sedikit berbeza. Berikut dikongsikan cara kira dividen ASB 2022 serta contoh kiraan perbezaan pendapatan dividen buat jumlah pemilikan pelabur yang berbeza.

Situasi 1: Pelabur yang mempunyai jumlah pegangan unit amanah RM30,000 atau lebih rendah

RM30,000 x 5.1% = RM1,530

Jumlah pegangan unit amanah + dividen serta bonus = RM31,530

Situasi 2: Pelabur yang mempunyai jumlah pegangan melebihi RM30,000

Andaikan jumlah pegangan unit amanah = RM100,000

(RM30,000 x 0.5%) + {(RM100,000-RM30,000) x 4.6%} = RM4,750

Jumlah pegangan unit amanah + dividen serta bonus = RM104,750

Situasi 3: Pelabur yang pernah mengeluarkan jumlah modal saham sepanjang 12 bulan

cara kira dividen asb 2022

Merujuk kepada laman ASNB, cara pengiraan pengagihan pendapat unit amanah adalah sedikit berbeza buat mereka yang didapati mengeluarkan modal pegangan ASB sepanjang 12 bulan terakhir. Pengiraan dividen dan bonus dikira mengikut jumlah baki minimum selama 12 bulan.

Dalam erti kata lain, sekiranya anda seseorang pengguna telah mengeluarkan wang sebanyak RM30,000 selama empat bulan daripada RM100,000 pegangan unit amanah sebelum memasukkan wang tersebut semula, maka jumlah baki minimum pada bulan tersebut iaitu sebanyak RM70,000 akan diambil kira bagi empat bulan tersebut.

Andaikan jumlah pegangan unit amanah = RM100,000

Jumlah baki yang tinggal selepas RM30,000 dikeluarkan = RM70,000

(RM30,000 x 0.5%) + {(RM70,000-RM30,000) x 4/12 x 4.6%} + (RM70,000 x 8/12 x 4.6%) = RM150 + RM613.33 + RM2146.67

Jumlah pegangan unit amanah + dividen serta bonus = RM102,910

Diharap dengan perkongisan mengenai cara kira dividen ASB 2022 ini bakal memudahkan anda membuat kiraan bagi dividen dan bonus ASB 2022. Apakah pendapat anda mengenai jumlah pengagihan dividen ASB bagi tahun ini? Adakah anda berpuas hati atau sebaliknya?