Membincangkan soal pencemaran air pastinya anda membayangkan sungai yang berbau dipenuhi sampah sarap. Dalam pada itu, tiga pelajar daripada National Taiwan University of the Arts ini berjaya menarik perhatian ramai dengan membawa mesej pencemaran air ini dengan gaya yang berbeza.

Caranya, mereka telah mengumpulkan segala jenis sumber air termasuk tasik yang tercemar, sungai, laut dan longkang sekitar Taiwan untuk mendapatkan bagaimana tahap pencemaran air di negara tersebut. Seterusnya, hasil kutipan mereka dijadikan ais krim khusus untuk tontonan umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan bahan-bahan seperti plastik, besi, merkuri yang terkandung di dalamnya maka terhasillah ais krim ciptaan mereka. Apa yang mengejutkan ramai adalah bagaimana ais krim hasil pencemaran ini mampu menghasilkan warna yang menarik. Sekali lihat, boleh tahan hipster juga ais-krim rekaan mereka. Berikut merupakan antara hasilnya.

Usaha yang dilakukan ini bersempena charity WaterAid sebagai usaha untuk menjamin orang ramai berjaya mendapatkan bekalan yang bersih.

Sekiranya anda mampu mendapatkan bekalan air bersih setiap hari, bersyukurlah kerana berdasarkan laporan, 1 daripada 10 manusia di dunia ini terkesan masalah pencemaran air yang serius.