Bagi mereka yang gemar mengembara, AirBnB bukanlah satu yang asing. AirBnB merupakan penyedia kediaman alternatif untuk menyewa bilik atau rumah penduduk tempatan di negara yang dikunjungi. Melalui AirBnB juga anda berpeluang melihat lebih dekat budaya dan cara hidup penduduk di negara yang dilawati.

Mereka yang menawarkan bilik dan rumah untuk disewa pula selalunya adalah individu atau usahawan yang menyediakan perkhidmatan ‘homestay’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi lain pula halnya dengan Sweden yang telah menyenaraikan seluruh negara ini di AirBnB di laman khas sweden.withairbnb.com.

Peta lokasi dan arah jalan ke destinasi turut disediakan di laman web khas di atas, sama seperti yang tersenarai di AirBnB. Review dan feedback daripada mereka yang pernah berkunjung ke lokasi tersenarai turut dimasukkan ke laman web ini.

Penyenaraian ini adalah kolaborasi bersama antara AirBnB dan Visit Sweden bagi mempromosikan negara Skandinavia ini di bawah prinsip “freedom to roam” (bebas meneroka) atau dalam bahasa tempatan di panggil “allemansrätten”. Ia adalah penyenaraian percuma dan tiada caj dikenakan oleh AirBnB kepada Sweden.

Idea di sebalik program ini adalah anda tidak perlu lagi tempah hotel atau bilik penginapan jika travel ke Sweden. Sebaliknya anda hanya perlu bawa khemah dan pacak saja di mana-mana lokasi atau ruang awam (public spaces) yang disediakan di seluruh Sweden, 365 hari, sepanjang tahun.

Secara asasnya undang-undang Sweden membenarkan rakyatnya berkhemah, meneroka alam sekitar, berkayak, dan menggunakan sumber alam semulajadi di negara tersebut.

“The freedom to roam is the principle, protected by the law, that gives all people the right to roam free in nature. Sleep on mountaintops, by the lakes, in quiet forests or beautiful meadows. Take a kayak out for a spin or experience the wildlife firsthand. Pick berries and mushrooms and flowers from the ground – all completely free of charge. The only thing you have to pay, is respect for nature and the animals living there.” – VisitSweden.com.

Bagi mereka yang gemar mengembara dan bercadang mahu ke Sweden, ini adalah satu berita baik kerana anda boleh berjimat dari segi kos menginap. Ditambah sekarang dah masuk musim bunga dan tak lama lagi Sweden bakal menyambut musim panas, jadi berkhemah bukanlah satu masalah.

Tidur di dalam khemah adalah pilihan terbaik bagi yang berbajet ciput. Apatah lagi di negara yang  memiliki kos sara hidup yang tinggi seperti Sweden. Banyak yang boleh dijimatkan di samping menikmati keindahan alam semula jadi yang masih terjaga dengan baik di negara ini.

Berikut antara lokasi menarik yang disenaraikan oleh Sweden di sweden.withairbnb.com.

Bayangkan malam hari ditemani bintang, dan siang hari ditemani pemandangan menarik, semuanya percuma di Sweden.

Mungkin Kementerian Pelancongan Malaysia juga boleh pertimbangkan idea kreatif sebegini bagi mempromosikan lokasi menarik di negara ini.

Btw, jika anda belum ada akaun AirBnB, daftar percuma di sini. Diskaun RM55 diberikan oleh AirBnB bila saja anda buat tempahan penginapan pertama di mana-mana lokasi yang bakal anda tuju. Siapa tak nak diskaun, kan?

Baca lagi: Berlin Haramkan Perkhidmatan Airbnb

Sumber