Nota Editor: Tips ini telah diberikan oleh Zaidi Ismail dan telah mendapat maklum balas yang banyak dari mereka yang yang telah membacanya. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Anda boleh ikuti perbincangan lanjut tentang perkongsian ini di sini.

langsai-hutang-3

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semua orang mempunyai cabaran kewangan dan setiap cabaran kewangan setiap orang tidak sama , ini adalah sebab utama saya tidak suka menunjukkan formula dan kiraan kewangan secara umum terutama di blog atau di media sosial dan anggap setiap kiraan dan formula tersebut boleh digunakan oleh semua orang.

Dibawah adalah contoh kes dimana tanpa formula , trik atau kaedah tertentu dapat menyelesaikan hutang sebanyak RM43K dalam masa 14 bulan sahaja , selepas tempoh tersebut dan apabila semua hutang dilangsaikan, Tuan punya kes akan dapat menyimpan RM4000 setiap bulan.

langsai-hutang-1

Berikut adalah dialog saya bersama yang bertanya , dengan sedikit maklumat asas dapat membantu beliau menyelesaikan hutang sedia ada.

Yang Bertanya : Assalamualaikum Tuan. Memandangkan tuan punya schedule tight saya ada sedikit persoalan berkenaan financial saya. Takut nanti saya tersalah langkah. Tuan hanya bagi pendapat sedikit sahaja sama ada baik / tidak. Saya mempunyai commitment yang sangat tinggi di mana total up adalah setiap bulan lebih kurang RM3500 saya perlu bayar.

Saya ingin ambil keputusan untuk membeli rumah ayah saya di mana saya sekarang duduk bersama orang tua saya. Saya wat pinjaman rumah kedua sebanyak RM360000 dengan monthly payment RM1700. RM110000 saya ambil untuk langsaikan hutang kereta, & segala loan. Balance RM250000 untuk ibu bapa saya. Adakah betul cadangan saya di atas?

Saya : Secara umum , tidak.

Yang Bertanya : Terima kasih tuan. Maybe saya akan usaha jumpa tuan dahulu. [ saya tahu beliau hampir putus asa dengan jawapan saya]

Saya : Berapa simpanan ditangan? Total tunai dan berapa yang boleh disimpan setiap bulan (jika ada) ? Kata ada rumah pertama , berapa bayaran bulanan rumah pertama? Ada KWSP akaun 2 tak? [saya mula mengorek maklumat yang diperlukan]

Yang Bertanya : Simpanan di tangan tiada tuan. Simpanan untuk setiap bukan jika ikut perbelanjaan yang saya da wat dan tolak semua commitment saya boleh simpan dalam RM500.

Saya mula memberikan solusi :-

Saya : Jika begitu , kenapa tak hanya bayar RM600 untuk kredit kad UOB , RM400 + RM500 baki bayar CIMB Lite? [ini kerana bayaran ansuran minima kad kredit cuma 5% dari baki hutang kad kredit sedia ada]

Yang Bertanya : Rumah pertama dalam pembikinan tuan. Beli rumah apartment kat Shah Alam 330000 dan sekarang baru 50%. Bayaran monthly macam dalam pictures RM750.

Saya : Dalam masa 2 bulan CIMB Lite dah boleh habis bayar

Yang Bertanya : KWSP akaun 2 ada tuan.

Saya : Bulan ke 3 dah boleh menyimpan RM1K sebulan.

Yang Bertanya : Dulu down payment rumah dah keluar kan RM16k , owhh.. betul juga tuan. Langkah yang baik tuan. terima kasih banyak-banyak tuan atas nasihat. Jika ada peluang saya akan attend tuan sesi 1 on 1. Saya akan bawa segala details yang saya ada bersama isteri.

Saya : CIMB kad boleh bayar RM300 jer dulu , jimat RM400

Yang Bertanya : Setiap hari saya tgok appointment..

Saya : Kalau dicampurkan jumlah yg boleh jimat / simpan bulanan = Rm400 + RM500 + RM400 + RM150 = RM1550.

RM1550 kalau simpan dalam masa 5 bulan dah boleh / tutup habis kad kredit CIMB

Saya : Maka simpanan bulanan = RM400 + RM500 + RM700 + RM150 = RM1950

Yang Bertanya : Ini memang terbaik. Eye openers untuk saya. Tak terfikir tuan [ ini biasanya akan terjadi , tidak terfikir , kenapa tak fikir ? saya tak rasa ianya sukar untuk di fikirkan]

Saya : Dalam masa 3 bulan dah boleh langsaikan personal loan Al Rajhi

Yang Bertanya : Alhamdulillah terima kasih tuan. Semoga Allah permudahkan segala urusan tuan. Sangat appreciate bantuan awal tuan ni.

Saya : Maka simpanan = Rm400 + RM500 + RM700 + RM150 + RM250 = RM2300. maknanya dari awal cuma ambil masa 10 bulan untuk selesaikan semua hutang kecuali kredit kad UOB dan PL Easy RHB sahaja. Setiap bulan dah boleh simpan Rm2300 sebulan.

Yang Bertanya : Baik tuan. Cadangan yang sangat baik.

Saya : Kalau simpan RM2K sebulan pun dah OK , dalam masa 10 bulan berikutnya dah ada RM20K , nak setelkan UOB pun boleh atau just let it be , bayar minimun , simpanan dah boleh buat modal beli rumah sewa Rm200K

Yang Bertanya : Syukur sangat-sangat. Eye openers untuk saya. Saya akan buat schedule.

Saya : Ini cuma langkah permulaan , bila kita jumpa kelak dan tahu lebih detail, mungkin pelannya akan berubah. paling tidak boleh mula selesaikan 1 hutang dlm masa 2 bulan. Bayar minima kad UOB dan CIMB + RM500 duit simpanan anda , 2 bulan dah boleh selesaikan CIMB lite dan boleh simpan ekstra RM150.

Rm400 + RM400 + RM500 = RM1300 / bulan ,

2nd month dah ada terkumpul RM2600 ( dah boleh setelkan cimb lite = RM1900)

Bulan ke 3 = RM1300 + RM150 = RM1450 + RM700 = RM2150 (total terkumpul)

Bulan ke 4 = RM2150 + RM1450 = RM3600

Bulan ke 5 = RM3600 + RM1450 = RM5500.

Bulan ke 5 dah boleh selesaikan hutang CIMB Master = Rm5500 – RM4500 = RM1k

Bulan ke 6 = Rm1K + RM1450 + RM300 = RM2750.

Bulan ke 7 = RM1750 + RM2750 = RM4500

Bulan ke 8 = RM1750 + RM4500 = RM6250

Begitulah seterusnya.

Yang Bertanya : Baik tuan. Terima kasih tak terhingga. Fuhhh tak sangka dapat bantuan sebegini banyak dari tuan. Saya akan cuba buat schedule sebagai langkah permulaan. Baik tuan. Saya akan wat schedule. Insha Allah saya tunjukkan kat tuan sebentar lagi. At least I can get pictures.

Saya : Ok, insya’llah.

Yang Bertanya : Terima kasih tuan.

Saya : Stop guna kad kredit buat masa ini sehingga hutang-hutang ini dihapuskan

langsai-hutang-2

Yang Bertanya : Tuan, schedule seperti yang tuan suggest. Terima kasih tuan atas eye openers. Insha Allah akan buat temu janji dengan tuan untuk langsaikan kereta pula serta tambahan macam mane nak kumpul aset. Insha Allah.

PS : Bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan simpanan sebanyak RM4000 setiap bulan?

1. Beli rumah sewa RM350K setiap 10 bulan ?

2. Melabur dalam perniagaan kecil setiap 10 bulan ?

3. Membeli saham-saham berkualiti di Bursa Saham Kuala Lumpur setiap 10 bulan ?

4. Melabur kedalam logam berharga setiap 10 bulan ?

5. Bercuti keluar negara setiap 10 bulan ?

6. Beli kereta baru secara tunai setiap 10 bulan ?

7. Umrah setiap 10 bulan ?

8. Penuhkan ASB dalam masa 4-5 tahun ?

9. Apa sahaja yang menguntungkan ?

Bayangkan pula apabila yang bertanya bertemu saya kelak ketika sessi analisa kewangan dan 1 on 1 apabila saya mengambil kira KWSP , rumah yang dibeli , hutang kereta , bonus , dividen dan lain-lain kapasiti kewangan yang belum diambil kira. Bayangkan.

Maka pilihan di tangan kita sendiri , tak perlu masuk program tersontot , tak perlu buat pinjaman bodo , tak perlu pusing konar dan belit sana sini untuk membina harta dan menjadi kaya dan semuanya boleh dilakukan sendiri menggunakan apa yang ada ditangan tanpa perlu melibatkan orang lain.

BACA: Lelaki Ini Menerangkan Fungsi Sebenar Belanja Bulanan Dalam Komponen Formula Kewangan

BACA juga: Berhenti Seketika Dan Baca Artikel Ini Untuk Semak Semula Matlamat Kewangan Kita. Ini Penting

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram