Menjual di internet bukanlah perkara baru bagi generasi masa kini bagi mencari wang tambahan. Untung atau rugi seseorang dalam perniagaan internet ini bergantung pada ilmu, pengalaman dan bakat. LeiLei Secor, remaja Amerika Syarikat berusia 19 tahun ini menggunakan kemahiran seni, pemasaran dan pengurusan masa selama 3 tahun bagi menjana wang sebanyak US$100,000 (RM375,000) di platform perniagaan internet, Etsy bagi membayar yuran pengajiannya di Universiti Virginia, Amerika Syarikat.

Etsy ialah satu tempat pasaran di mana orang dari seluruh dunia berhubung, sama ada secara online dan offline, membuat, menjual dan membeli pelbagai produk unik. Secor menjual barang kemas buatan tangan di kedai online miliknya yang dinamakan DesignedByLei.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia membuat dan menjual kalung rantai yang cantik berlapis, loket yang menampilkan pernyataan diri, cincin-cincin dan obsesi terbaru beliau: barang perhiasan daripada wayar.

Oleh kerana pencapaian cemerlang Secor di dalam bisnes, dia menerima anugerah National Federation of Independent Businesses’ Young Entrepreneur of the Year Award pada tahun 2014. Terbaru, dia melancarkan laman web www.designedbylei.com.

Ini adalah 5 petua terbaik dari Secor tentang bagaimana dia berjaya menjana US$100,000 di internet:

1. Jangan Takut Untuk Pivot

Secor menyertai Etsy pada musim panas 2012 dan cuba menjual beaded macramé bracelets. Seminggu selepas itu dia mengambil langkah berbeza dengan menukarkannya kepada barang kemas ikatan wayar apabila pembeli gagal untuk menyedari kehadiran item tersebut di Etsy. Kini, dia antara penjual popular di dalam kategori itu dengan kedudukan 186 dari 1,300 kedai Etsy yang ada.

“It didn’t sell, so I quickly changed to wire-wrap jewelry a week later”

2. Keluar Dari Jalan Yang Selesa

Pemasaran media sosial adalah satu strategi yang penting untuk dikuasai. Facebook dan Twitter mungkin menjadi tapak pertama bagi permulaan perniagaan online. Namun bagi Secor, laman web yang paling besar ialah Wanelo, satu platform komuniti untuk pembeli. Ribuan orang telah melihat produknya di laman web tersebut. Facebook tidak menjana banyak trafik kerana dia tidak membayar untuk beriklan dan Pinterest pula belum berkesan penggunaannya. Dia menyatakan peniaga perlu pergi ke mana pelanggan ada dan menggunakan apa yang berfungsi untuk peniaga, walaupun ia bukan apa yang peniaga jangkakan.

“Another big one was Tumblr,”…“One of my rings got reblogged about 50,000 times.”

3. Perbezaannya Adalah Ciri

Secor tahu dia perlu menonjolkan barang kemas buatan tangannya di dalam industri yang sangat sesak ini. Dia berjaya berbuat sedemikian dengan memberi tumpuan utama kepada ciri-ciri kecil tetapi penting yang ada pada barang kemas dan kedainya. Contohnya, dia belajar mengambil gambar yang baik di bawah cahaya semula jadi pada hari yang mendung kerana tidak akan ada bayang-bayang di dalam gambar. Dia menggunakan kertas buku skrap sebagai latar belakang produk dan mengambil gambar itu di anjung rumahnya. Dia fokus untuk menghasilkan gambar yang akan membuatkan barang kemasnya kelihatan cantik dan lebih menarik kepada bakal pelanggan. Ia adalah satu langkah kecil yang akan memberi impak yang besar terhadap jualannya.

“A lot of jewelry looks similar but the way it’s marketed and photographed is what makes or breaks it on Etsy.”

4. Guna Apa Yang Anda Ada Dan Belajar Daripada Orang Lain

Secor ada kemahiran dan internet. Dia menggunakan kedua-duanya untuk kebaikan sendiri seperti menjana pendapatan. Baginya di luar sana terdapat banyak informasi, hanya perlu mencari. Apabila dia rasa ragu-ragu untuk mengenakan caj harga barang kemasnya, dia mencari dan melihat harga barang kemas yang hampir sama dijual oleh orang lain. Kemudian, dia menetapkan harga yang sama.

“One of the most important things is the ability to be resourceful,”…“My parents don’t have business backgrounds, so I had to spend hours and hours online researching about it. Etsy has a great forum community, and I read ecommerce blogs [and articles about] how to photograph jewelry and name your company.”

5. Guna Masa Sebaik-Baiknya

Selain menghadiri kelas-kelas pengajian dan membuat barang kemas, Secor menghabiskan masa dengan kawan-kawan, ada masa untuk tidur, dan bekerja di musim panas untuk ahli kongres tempatan. Dia melakukan semua itu dengan menggunakan masa sebaik-baiknya. Dia tidak berpeleseran di Facebook tanpa tujuan. Dia akan memuatnaik gambar-gambar di Instagram.

“Rather than scroll through Facebook aimlessly, I’ll upload photos to Instagram,”

Dia berjaya mendapatkan keseimbangan dan kegembiraan di dalam kerja-kerjanya. Dia tidak merancang untuk berhenti selepas ini.

“I want to continue making jewelry and selling it because I honestly enjoy making it,”…“It’s a job, but it’s a nice break from schoolwork.”

Sumber: Entrepreneur

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram