Dalam beratus-ratus kes kemalangan melibatkan ‘terlanggar’ apabila tiada sesiapa di dalam kenderaan lain, hanya beberapa kes sahaja berjaya diselesaikan dengan baik.

Sebaliknya, ramai meninggalkan kenderaan yang dilanggar dan membuat pemilik kenderaan lain tertanya-tanya bagaimana ada kesan kemalangan pada kereta mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @TheFirdausYasin berkongsi satu pengalaman menarik apabila beliau bertemu dengan pasangan anak beranak yang jujur dan amanah setelah tidak sengaja terlanggar pada bahagian belakang kiri keretanya.

Kisahnya bermula apabila Firdaus terperasan ada sekeping kertas dibaluti dengan plastik yang diselit pada pengelap cermin hadapan keretanya semasa sedang memandu. Di dalam nota itu ada tertulis nombor telefon bimbit dan meminta beliau menghubungi nombor tersebut.

Sejurus itu, beliau menelefon nombor tersebut dan orang itu memaklumkan dia tidak sengaja melanggar kereta Firdaus dan segera meminta maaf atas perbuatannya. Lalu ayahnya pula berhubung dengan Firdaus untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Setelah Firdaus selesai memeriksa masalah di bengkel, beliau terus menuju ke rumah keluarga tersebut untuk berbincang dengan baik. Beliau menyatakan bearing tayar bermasalah, jadi si bapa pun turut sama mengikut Firdaus ke bengkel untuk membayar kos baik pulih kerosakkan yang dibuat oleh anaknya.

Kejadian yang berlaku tersebut membuatkan Firdaus berasa bersyukur kerana uncle tersebut berjaya mendidik anaknya agar menjadi seorang bertanggungjawab setelah melakukan kesalahan yang tidak sengaja pada orang lain. Untuk bahagian bumper yang bercalar itu, Firdaus menyatakan beliau akan menggilapnya semula sendiri.

Ciapan tersebut telah mendapat ratusan reaksi daripada pengguna Twitter yang lain. Ramai yang memuji ketiga-tiga pihak berjaya menyelesaikan isu kemalangan tersebut dengan rasional dan profesional.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman peribadi yang mengalami kemalangan lebih kurang seperti itu.

Tahniah diucapkan kepada uncle dan anaknya yang amanah dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang tidak sengaja dibuat dengan meninggalkan nota bagi memudahkan Firdaus menghubungi mereka semula.

Semoga perkongsian ringkas oleh Firdaus berjaya ‘membuka mata’ kita semua agar menjadi seseorang yang amanah dah tidak lari daripada kesilapan yang dibuat supaya perkara tersebut tidak menyukar urusan orang lain pada masa akan datang.

Seorang pekerja J&T dipuji orang ramai apabila menyusun ‘parcel’ milik pelanggan dengan kemas. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Susun Dan Letak Parcel Pelanggan Dengan Baik, Pekerja J&T Ini Raih Pujian Netizen

Mahu ‘Rider’ Pulangkan Rantai Loket, Video Rayuan Lelaki Ini Terima Perhatian Ramai

Tiada Penjarakkan Sosial, Kumpulan Ini Keluarkan Modal Beli Barang Buat Garisan Sendiri Di PPV

Sumber