Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Susulan kes bagasi dibongkar dan barang dicuri oleh pengendali bagasi di lapangan terbang!

Berikut ialah tips untuk elak barang dicuri dari bagasi dan dari dicuri ketika travel
(How to protect your luggage from being pilfered/tampered and your belongings from being stolen):

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

1. Guna ‘hard-sided zipperless luggage’ atau beg tanpa zip!

Ini memang terbaik! Beg berzip sangat senang dibuka walaupun dikunci. Cuma guna mata ballpoint pen kemudian lalukan pen di celah zip. Memang akan terbuka terus. TENGOK video ini

Tak sampai 5 saat dah terbuka! Takut? Selain itu beg yang diperbuat dari fabrik juga mudah digunting dan dipotong. Ia juga kurang tahan cuaca.

Sebab itu ramai dah beralih menggunakan zipperless luggage sebab yang boleh buka cuma kamu dan pegawai TSA yang ada kunci TSA. ‘Hard-side zipperless luggage’ juga tahan lasak, sukar ditebuk + dipecah, dan tahan cuaca! Terdapat banyak jenama zipperless luggage seperti Samsonite(contohnya siri F’lite).

Yang terlebih mahal ialah Rimowa dan Tumi (harga USD900 ke atas) tapi kalau selalu travel dan risau barang hilang, ini merupakan satu pelaburan yang baik. Saya sarankan kamu jangan lepaskan peluang untuk cari dan beli beg tanpa zip ini bila ada jualan beg di pasaraya. Memang ada dijual di pasaraya-pasaraya besar utama di Malaysia, dan juga di Lazada.

cara-lindungi-beg-masa-travel-1

cara-lindungi-beg-masa-travel-2

Saya beli beg ‘carry on’ tanpa zip saya di City Square JB tahun lalu dengan harga RM150 selepas diskaun, dan terbaru beg 24 inci tanpa zip tanpa jenama saya beli di Amazon dengan harga USD130. Dua-dua tak ada zip tapi ada kunci statik dengan kombinasi nombor.

Jika nak beli zipless bag ini di Lazada, boleh klik di link ini. Ada banyak pilihan dan beberapa jenama dan harga. Tinggal pilih saja.

2. Guna ‘compression pack’

cara-lindungi-beg-masa-travel-3

Boleh beli paket yang tak perlu guna vakum untuk sedut angin. Jenis ini ialah jenis gulung untuk keluarkan angin. Bila guna ‘compression pack/bag’ ini susah sikitlah pencuri nak curi barang sebab makan masa dia nak gunting/buka paket apa semua. Boleh beli di Lazada, di Daiso, di kedai-kedai beg travel, atau kedai barangan outdoor.

Di Lazada ada beberapa pilihan dan jenis compression pack. Boleh klik di link ini untuk buat perbandingan harga dan jenis.

3. Perhatikan juga bahan apa digunakan untuk buat beg tanpa zip ini

cara-lindungi-beg-masa-travel-9

Untuk hard-side, bahan terbaik tapi berat ialah aluminium (contohnya beg Rimowa). Bahan kedua terbaik ialah Polycarbonate (PC). Ia ringan tapi hampir sama lasaknya dengan aluminium.

Bahan PC ini bila dihentak atau penyek ia tak pecah, sebaliknya ia akan kembali pada bentuk asal.

Bahan ketiga ialah Polypropylene. Bahan keempat ialah Acrylonitrile-butadine-styrene atau ABS. Beg yang 100% dibuat dengan bahan ini tidak sekuat PC dan Polypropylene tapi ia masih boleh tahan hentakan.

ABS ini biasanya dicampur dengan PC untuk menguatkan lagi bahan PC. ‘Hard-side’ yang bagus tapi murah ialah gabungan ABS+PC. Beg tanpa zip+bahan tahan lasak+kunci kombinasi nombor = pencuri kesusahan.

4. Pembalut plastik

cara-lindungi-beg-masa-travel-4

Perkhidmatan berbayar ini ada banyak disediakan di lapangan terbang seluruh dunia. Dah tentu bila kamu balut beg dengan plastik ini beg susah nak dibuka atau makan masa oleh pencuri. Sebelum kamu balut beg kamu sila pastikan plastik itu disahkan oleh syarikat penerbangan berkaitan yang ia sesuai untuk digunakan.

Tapi balut beg ini bukan cara kegemaran saya sebab plastik ini tak boleh diguna semula maka ia tak mesra alam. Sebab itu saya pilih untuk guna zipperless luggage. Tak perlu balut-balut! Go green when you can!

5. Travel guna backpack yang memang susah untuk dikunci?

cara-lindungi-beg-masa-travel-7

Beli jaring beg yang diperbuat dari kabel yang kebal. Namanya ialah ‘steel mesh’ yang kelihatan seperti jala ikan. Jaring kabel ini juga boleh kamu kunci di kerusi bas atau keretapi jadi pencuri tak boleh bawa lari beg kamu!

Jenama yang paling bagus ialah PacSafe. Ia ada dijual di Lazada dengan harga RM499 untuk backpack 55L, atau boleh ke laman web mereka di pacsafe.com, atau kamu boleh ke kedai-kedai outdoor dan tanya kalau ia ada dijual di sana.

Bagi yang menetap di USA semua benda ini boleh didapati samada di Amazon atau REI. Memang mahal sedikit tapi macam biasa kalau kamu selalu ber-backpack, ini semua pelaburan yang baik.

Kalau tak mampu masih boleh balut backpack dengan plastik tadi. Cuma bila kamu dah buka sekali kena balut dengan plastik baru. Dah dapat idea untuk lindungi backpack dengan cara steel mesh ini kamu dah boleh buat sendiri guna bahan-bahan tahan lasak tapi murah yang boleh dibeli di kedai perkakas.

Baca: Pengalaman Cemas Pemuda Ini Bila Backpack Dicuri ‘Homeless’ Semasa Travel Solo Di Prague

6. Beli dan guna ‘luggage strap’

cara-lindungi-beg-masa-travel-5

Kalau boleh beli yang boleh ‘double cross’. Tali ini boleh dibeli di kedai beg atau atas talian. Beli yang guna kombinasi nombor, bukan yang buckle. Di Lazada ada jual juga jenis ini.

7. Bawa ‘cable/zip tie’

cara-lindungi-beg-masa-travel-6

Ia boleh digunakan untuk ganti mangga+kunci bila mangga hilang. Dan bila zip beg tiba-tiba putus, benda ini boleh dijadikan pemegang zip beg kamu untuk sementara waktu. Ia agak sukar dipotong terutama bila dipasang ketat.

Ini boleh dibeli di kedai perkakas atau atas talian. Benda ini memang tak dapat 100% halang pencuri jadi jangan guna semata-mata. Ini cuma untuk backup.

Kalau boleh gabungkan penggunaan beberapa atau semua benda ini, jangan bergantung pada satu cara saja. Lebih baik buat persediaan dari tak buat langsung. Memang ada benda kita tak dapat elak tapi dari banyak-banyak beg yang kita bawa dapat juga kita kurangkan kerugian bila terjadi perkara ini ye tak?

Di Lazada pun ada jual juga rupanya cable / zip tie ini. Pilih saja nak warna apa.

Tips lain yang berkaitan:

1. Jangan sekali-kali check in barang-barang berharga

Contohnya jongkong emas, designer bags, kasut Louboutin dll. Kalau nak juga bawa, masukkan dalam beg carry on. Tak pun tinggalkan saja di rumah.

Kalau boleh pilih atau belilah beg yang tak nampak gempak atau mewah sangat supaya tak jadi target mudah pencuri. Kalau beg mahal tapi tanpa zip dan selamat macam Rimowa atau Tumi itu tak apa.

2. Sebelum tempah hostel dan sebagainya, baca dulu review

Kalau nampak meragukan, tak ada review, bintang sikit (3 bintang ke bawah) kalau boleh janganlah tempah demi untuk keselamatan kamu dan barang peribadi kamu. Kalau duduk di hostel jangan lupa baca kemudahan yang mereka ada. Pilihlah hostel yang ada locker yang boleh dimangga.

3. Beli perlindungan samada untuk diri dan atau perlindungan barang-barang peribadi kamu!

Ada banyak syarikat di luar sana. Contoh boleh cek laman-laman web axa.com.my atau worldnomads.com (boleh dibeli dan dituntut dari mana-mana saja di seluruh dunia).

Ia boleh dibeli ikut jumlah hari travel dan destinasi. Harga juga berpatutan. Saya rasa kalau beli perlindungan dengan syarikat penerbangan bila barang hilang mereka akan ganti kan?

Bagi saya perkara ini tak perlu kamu berkira sebab kesihatan dan nyawa itu tak ternilai harganya. Bila berlaku kematian ketika di luar negara dan kamu dah beli perlindungan, tak perlu lagi minta bantuan kewangan orang awam. Jangan dah terlambat baru nak telefon ajen takaful/perlindungan yang kamu marah haritu. It doesn’t work that way!

4. Jangan leka dan biarkan beg kamu tanpa pengawasan!

Ini bukan untuk elakkan beg kamu dicuri saja tapi untuk elakkan orang jahat letak dadah dll dalam beg kamu! Tak pasal-pasal kena tangkap. Ini banyak kali terjadi.

5. Peluk atau sarungkan beg ke kaki

Bila travel dengan backpack, sebelum tidur dalam bas dan keretapi, sarung beg ke kaki atau tidur sambil peluk beg dan buckle ke belakang.

Kalau boleh pakai backpack cover. Susah untuk tak tidur mati terutama bila penat maka berusaha lebih sikit untuk stay alert and awake!

Lindungi barang-barang anda dan diri anda ketika travel! Jadilah traveler yang bijak dan bertanggungjawab!

Baca lagi: 19 Tips Elak Kecurian Dan Kehilangan Duit Serta Barang Penting Semasa Travel

Artikel di atas disumbangkan oleh Hannah On Earth. Merupakan seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di USA dan sering berkong tips travel di Instragram. Boleh ikuti beliau di sini.