Biasanya kita keliru apabila cuba mengira berapa kali powerbank kita boleh mengecas handphone atau gajet yang kita pakai. Mari kita belajar ilmu powerbank.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

mAh (miliamp hour) adalah unit yang biasanya digunakan untuk mengukur jumlah tenaga yang disimpan oleh bateri dalam satu-satu masa.

Voltage nominal bagi bateri jenis Lithium Polymer (jenis nipis) adalah 3.7v dan bagi bateri jenis lithium-ion (yang lebih tebal dan berat) adalah 3.6v biasanya.

Watt-hour (Wh) = Ampere-Hour (Ah) x Voltage (v)

Jadi, jumlah tenaga (Wh=watt hour) yang tersimpan dalam bateri lithium-polymer berkapasiti 10,000mAh adalah 10,000mAhx3.7v=37,000mWh

Voltage yang digunakan oleh terminal USB untuk kita mengecas gajet adalah 5v (volt). Jadi, terdapat litar yang akan menukarkan voltage bateri kepada 5v voltage USB.

Secara mudah pengiraan jumlah kapasiti yang kita boleh gunakan adalah 37,000/5=7400mAh.

Semasa proses pertukaran, ada tenaga yang digunakan dan juga ada tenaga yang hilang dalam bentuk haba. Kebanyakan powerbank tidak menyatakan kadar peratusan kecekapan proses pertukaran.

Biasanya kadar kecekapan pertukaran powerbank yang terdapat di pasaran adalah diantara 85%-90% atau lebih, jadi jumlah kapasiti sebenar adalah 7500*.85=6,290mAh (jika kecekapan adalah 85%)

i. iPhone6 (1,810mAh) = 6290/1810=3.47 kali
ii. iPhone6 Plus (2,915mAh) = 6290/2915 = 2.37 kali
iii. Samsung Note 5 (3,000mAh) = 6920/3000 = 2.3 kali
iv. Samsung S6 (2,550mAh) = 6920/2550 = 2.7 kali

Pengiraan diatas tidak boleh diguna pakai jika:

i. powerbank menggunakan sel bateri berkualiti rendah (ada juga yang menggunakan sel bateri terpakai);
ii. litar dan komponen yang berkualiti rendah;
iii. powerbank tertulis 30,000mAh tapi sebenarnya bateri didalam tidak sampai 30,000mAh.

Artikel di atas disumbangkan oleh X-Range Power. Pengeluar Powerbank Tempatan. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group