Siapa keyboard warrior? Menurut petikan dari akhbar Harian Metro, keyboard warrior adalah seseorang yang menjadi penyebar berita palsu di laman sosial. Ini rentetan penyebaran berita palsu tentang banjir pada hujung tahun yang lalu.

Kebiasaannya kita memahami keyboard warrior adalah seseorang yang suka mengkritik dalam isu-isu yang timbul dengan menulis komen-komen di media sosial sedangkan di alam realiti dia tidak berbuat apa-apa untuk membantu menyelesaikan isu-isu tersebut. Mereka juga menulis komen yang berbaur negatif hingga mencipta persepsi buruk terhadap sesuatu perkara. Kadang-kala ia merupakan satu tindakan menghasut pengguna media sosial yang lain supaya menyetujui apa yang telah mereka tulis.

Tohmahan dan kata kesat akan dilemparkan pada individu atau kumpulan tertentu tanpa mereka menghiraukan sensitiviti dan kesan yang akan berlaku selepas itu kerana mereka menganggap orang tidak kenal siapa mereka di alam realiti. Mereka hanya mahu orang membaca komen mereka dan ‘suara’ mereka didengari melalui media sosial. Ada juga segolongan keyboard warrior yang hanya membaca headlines artikel dan memberi komen seolah-olah sudah membaca keseluruhan artikel. Kebanyakan komen sebegitu menjurus ke arah negatif dan bertentangan dengan isi kandungan artikel sebenar.

Kita boleh berdiskusi dan berkongsi pendapat dengan cara yang lebih berilmiah tanpa kutuk-mengutuk, tanpa hinaan dan cacian, dan tanpa menulis sangkaan-sangkaan tanpa fakta yang benar dan jelas. Elakkan diri kita daripada menjadi salah seorang keyboard warrior. Bagaimana? Kenalpasti ciri-cirinya.

Ini pula adalah sebahagian cara menjadi keyboard warrior. Caranya agak ekstrem seolah-olah seperti menjadi seorang psiko di alam siber. Erk!

https://youtu.be/FeKSpN4-HI0?t=40s

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram