Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nota Editor: Perkongsian ini telah ditulis oleh saudara Zainuddin Omar, seorang yang suka mengembara. Kami kongsikan semual di sini dengan izin dari penulis asal. Semoga ia dapat dijadikan panduan untuk anda.

Solat pengembara, satu catitan. Mungkin sahabat-sahabat lain boleh menambah lagi untuk pengetahuan semua. Jangan tinggalkan solat walaupun satu waktu. Schedule perjalanan di antara solat.

Jamak Qasar satu nikmat pemberian Allah kepada semua pengembara musafir. Biasanya hanya kena mencari waktu solat jamak qasar zuhur-asar semasa perjalanan kerana maghrib-isya’ boleh dibuat di hotel/perkhemahan.

Di negara Eropah / US / Australia / NZ, penduduk sana tak ambil pot kalau kita nak bersolat dimana-mana, asalkan jangan mengganggu perjalanan orang lain. Carilah tempat-tempat dimana-mana ceruk, bawah pokok atau di sebalik tangga.

Baca: Respon Orang Bukan Islam Apabila Melihat Muslim Solat

solat-masa-travel-2

Belajar solat duduk dalam bas, keretapi, kereta, kapal terbang dan lain-lain. Kalau kesulitan air, bertayamum lah menggunakan habuk di kerusi, sofa dan lain-lain. Solat di dalam kenderaan tak perlu ke arah qiblat, kerana rasulullah pernah bersolat diatas unta.

Banyak apps untuk IOS atau Android yang boleh mengira waktu solat dan arah qiblat dimerata tempat di dunia. Saya tak pernah merasakan solat menyusahkan perjalanan setelah kembara lebih dari 30 tahun. Adjust rancangan perjalanan diantara waktu solat.

Baca: Cara Berwudhu Dengan Sebotol Air Mineral Sewaktu Travel

Saya pernah bersolat di airport Baghdad disatu sudut kerana tiada musolah disitu walhal banyak musolah di airport negara barat. Memang pelik.

Pakai stokin tebal atau khuf setelah ambil wudhu. Tak perlu membasuh kaki tapi hanya sekadar menyapu air saja. Sangat penting bila mengambil wudu di waktu winter.

Allah knows best. Allahuallam.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka