Nota Editor : Catatan ini asalnya telah dikongsikan oleh salah seorang ahli di fb group Backpacker’s Buddies Malaysia. Beliau merupakan seorang yang suka mengembara, satu hobi yang ditemui selepas kecewa dalam percintaan. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal yang meminta agar namanya dirahsiakan. Benarlah, di sebalik kegagalan itu tersembunyi satu hikmah yang lebih baik, jika ianya dilihat dari sudut yang positif.

lelaki-kecewa

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sentimental Hati Lelaki

Kalau orang tanya apa punca terkuat aku boleh terjebak jadi pengembara solo. Sukar sebenarnya nak jawab dengan ego lelaki yang tebal. Nak tak nak kena terima sebab kecewa dalam perhubungan lah puncanya. Rasa diri kosong bila jodoh tak jadi. Sedangkan hubungan dah lama. Sesama keluarga pun dah jumpa.

Dari aku biarkan rasa kosong merasuk sampai merosak diri, aku mula terfikir isi hidup dengan pengalaman. Masa tu aku terbaca rencana tentang pendakian ke puncak Kinabalu. Jadi bila berlangsung Matta Fair aku terus daftar.

Seorang diri buat pertama kali aku naik kapalterbang. Masih lagi tergelak rasa bila tengok reaksi abah aku terkejut bila aku bagitahu aku pergi seorang diri ke Sabah. Sampai di Kota Kinabalu baru aku bergabung dengan satu kumpulan cikgu dari Rawang. Malam sebelum pendakian di penginapan di kaki gunung selepas telefon keluarga aku telefon si dia. Dia doakan aku berjaya sampai ke puncak. Ya dia masih sahabat aku walaupun tak serapat biasa lagi. Dan itu kali terakhir aku telefon dia.

gunung-kinabalu

Dari mula pendakian , semakin tinggi, semakin curam, semakin indah pemandangan rasanya semakin ringan beban kecewa dan dendam dalam jiwa aku. Bila lihat para porter memikul beban barangan berkali ganda berat mereka sendiri ketika mendaki untuk mencari rezeki lagi buat aku sedar beruntungnya hidup aku.

Setelah berehat di Laban Rata kami kembali mendaki untuk melihat matahari terbit di puncak. Sampai di puncak dalan keadaan sejuk tak ingat, aku layan jiwa. Bila matahari terbit tak sedar menitik air mata jantan aku. Subhanallah! Kalau Allah nak beri sedikit gambaran syurga di dunia mungkin itulah tempatnya. Hilang terus rasa segala perasaan negatif dalam hidup aku. Baru teringat sebelum itu memang aku tak pernah ada hobi. Hidup aku sebelum itu hanyalah kerja semata. Aku mula tanam azam untuk menikmati hidup dengan lebih bermakna lepas tu.

Sebenarnya banyak kali aku fikir sebelum menaip catatan ni. Tapi bila aku baca berita sebab kecewa cinta orang boleh hilang kewarasan sampai boleh membunuh mungkin ada perlunya aku berkongsi pengalaman untuk sama-sama berfikir. Kalau kita biarkan kecewa tu hancurkan hidup itu bukan cinta namanya. Sebab kita perlu cintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain.

Ok dah terlalu panjang. Dah macam novel. Cuma minta doa rakan-rakan supaya aku dan rakan-rakan lain yang senasib cepat dapat jodoh yang sesuai. Mungkin lepas ni aku boleh betul-betul dapat ilham tulis novel bertajuk – “Suamiku Backpacker”. Hehehe.

Jom Like Facebook TheVocket