Nota Editor: Pernahkah anda terfikir beberapa perkara atau hobi yang kita sebagai suami isteri lakukan sebenarnya adalah aktiviti merompak tabung kewangan keluarga? Jika tidak membaca pendedahan ini saya juga tidak terfikir akan hal ini. Berikut adalah 5 cara merompak tabung simpanan yang telah diberikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang banyak berkongsi tentang pengurusan kewangan peribadi dan juga penulis buku Mudahnya Beli Rumah. Kami terbitkan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga kita sama-sama muhasabah diri dan mendapat manfaat dari perkongsian ini.

MEROMPAK KELUARGA SENDIRI

Pengurusan kewangan keluarga memiliki persamaan dengan pengurusan kewangan syarikat. Ada untung ruginya. Kita dianggap ‘merompak keluarga sendiri’ apabila :

1. Kita memiliki hobi yang mahal serta memerlukan belanja yang ‘beribu-ribu lemon’ untuk kenikmatan kita sahaja.

2. Kita tukar ‘sport rim’ kereta sepanjang masa agar kawan-kawan memuja. “Kereta kau memang puaka”

3. Kita kekal ‘berasap seperti naga’ tetapi anak isteri makan beras hancur sahaja.

4. Kita menjadi ahli kelab VIP yang kita sahaja boleh pergi, anak bini hanya boleh pegang tengok kad ahli.

5. Kita belanja kawan-kawan makan puyuh dan sotong gergasi tapi anak isteri masih makan ikan keli dan roti.

Semua perbelanjaan keluarga harus bersifat ‘bersama’. Pengurusan yang baik akan menjaga kebajikan ahlinya dan bukannya aktiviti luar rumah.

Kita dianggap ‘merompak’ simpanan keluarga sendiri jika masih kekal dengan budaya ini. Berhenti dan muhasabah diri.

Wallahu A’llam

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group