Bagaimana untuk anda menempah hidangan muslim atau makanan istimewa semasa dalam penerbangan. Kenapa perlu menempah hidangan istimewa ini?

1. Kerana syarikat penerbangan yang anda naiki bukan dari negara Islam seperti dari Singapura, Vietnam, Hong Kong, China. Syarikan penerbangan begini tidak menyediakan hidangan muslim sebagai menu utamanya.
2. Bagi yang muslim, jangan sangka akan terdapat pilihan vegetarian ketika dalam penerbangan.
3. Kebanyakan hidangan khas akan dihidangkan terlebih dahulu sebelum makanan dan hidangan biasa.
4. Kadangkala ada penumpang yang mempunyai sedikit halangan berkenaan makanan, samada kerana masalah kesihatan atau kepercayaan agama.
5. Dan sebenarnya terdapat lebih daripada 10 hidangan istimewa yang boleh anda cuba.

cara-minta-makanan-halal-di-dalam-pesawat-1

cara-minta-makanan-halal-di-dalam-pesawat-2

Terdapat beberapa cara untuk menempah makanan istimewa (sama ada halal, kosher atau vegetarian), antaranya adalah:

1. Secara online

Kebanyakkan syarikat penerbangan membenarkan anda membuat tempahan secara online.Caranya mudah sahaja, cuma taip ‘manage my booking’ (nama syarikat penerbangan contohnya Royal Jordanian). Selepas itu anda dikehendaki memasukkan nombor booking dan email atau nama keluarga atau nama pertama.

Selepas itu pergi ke ‘special request/special meal’ dan pilihlah makanan yang diperlukan. Jika sudah membuat tempahan secara online, kebiasanya anda tidak perlu lagi menghantar email atau membuat panggilan telefon.

2. Menghantar email

Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang tidak menerima pesanan makanan khas secara online. Contohnya adalah China Southern Airlines, Ukraine International Airlines dan banyak lagi.

Untuk mengetahui alamat email, anda boleh taip sebagai contoh ‘customer service Vietnam Airlines’ atau anda boleh dapatkan di website syarikat penerbangan tersebut di bahagian ‘contact’.

Semasa anda menghantar email pastikan dibahagian tajuk anda menulis seperti Re: Muslim Meal (nombor booking). Antara ayat yang boleh anda gunakan adalah:

I would like to request a muslim meal for my flight to XXXX  on XXXX. The booking number is XXX and the passenger name is.

Biasanya email akan dibalas dalam masa 24 jam (bergantung kepada syarikat penerbangan).

3. Membuat panggilan telefon

Cara yang terakhir adalah dengan membuat pangilan telefon. Cara untuk mendapatkan nombor telefon adalah sama dengan cara mendapatkan email. Pastikan anda bersedia dengan nombor booking penerbangan.

Itu sahaja. Senangkan?

cara-minta-makanan-halal-di-dalam-pesawat-3

cara-minta-makanan-halal-di-dalam-pesawat-5

Biasanya saya akan menempah makanan istimewa ini sejurus selepas saya mempunyai nombor tempahan penerbangan tersebut.  Harus diingat, tempahan ditutup 24 hingga 48 jam sebelum penerbangan (bergantung pada jenis syarikat penerbangan. Ada yang 72 jam).

Antara soalan yang agak popular adalah seperti saya akan menaiki penerbangan Vietnam Airlines ke Hanoi, perlu ke saya menempah makanan halal?

Ya perlu. Ini kerana kadang- kadang mereka menggunakan katering dari negara mereka. Untuk lebih selamat, tempah saja.

Ada juga yang berkata semua penerbagan Ex dari KLIA adalah halal. Bagi saya tidak semua syarikat penerbangan mengambil katering dari KLIA terutama untuk penerbangan jangka masa pendek. Tempah saja, hati pun senang.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Baca lagi: Ini Pengalaman Menarik Seorang Doktor Sewaktu Cuba Hidangan Kosher Untuk Yahudi Dalam Pesawat