Nota Editor: Catatan ini telah dipaparkan di Facebook Faiz Najmi dan kami telah diberi keizinan untuk kongsikan semula di sini. Semoga di bulan yang penuh barakah ini buat kita lebih berhati-hati sewaktu memberikan komen dan menekan butang share di Facebook tentang sesuatu berita. Salam Ramadhan.

Bagaimana memohon maaf untuk fitnah yang telah dibuat atau terbuat?

HUAWEI-p40-COVER
HYPE
Pra-Tempah HUAWEI Siri P40 Segera Untuk Dapatkan Hadiah Bernilai Lebih Daripada RM1,300
Baca lagi →

Dalam era media sosial ini, hampir semua orang telah memfitnah atau difitnah. Lagi-lagi jika diviralkan. It does not make it okay.

Orang pernah fitnah lagi ramai dari orang yang tak pernah fitnah. Kadang-kadang isu kecik, kadang- kadang besar.

Sempena bulan mulia mari kita jauhkan fitnah dan lebihkan ibadah.

1. Buang post yang fitnah itu.

2. Mohon maaf secara spesifik dan ikhlas kepada orang yang difitnah. Jika anda buat post fitnah yang boleh dibaca “public“, permohonan maaf dan kekesalan mesti “public” juga. Tidak boleh private message sahaja. Ini bagi membersihkan nama orang yang difitnah tersebut.

3. Jika anda share post fitnah, buang post fitnah itu. Kemudian, share juga pembetulannya, permohonan maafnya dan kekesalannya. (Seperti yang pernah berlaku dengan kes viral terhadap agent PRUBSN TAKAFUL sebelum ini).

maaf

4. Jika fitnah berlaku dalam Facebook atau Twitter seangkatan dengannya atau blog atau news portal, perkara sama perlu dibuat juga. Jika fitnah dilakukan sebanyak 20 perenggan, pembetulan dan permohonan maaf mestilah 20 perenggan juga atau lebih.

5. Jika fitnah berlaku di muka paling hadapan majalah atau surat khabar atau website, pembetulan dan permohonan maaf mestilah ditulis di muka hadapan juga. Dalam font yang serupa besarnya atau lebih besar.

6. Jika fitnah itu melalui video atau gambar atau lukisan, pembetulan, permohonan maaf dan kekesalan hendaklah dibuat dalam medium yang sama. Jika video fitnah itu 20 minit, video memohon maaf yang sama perlu dilakukan untuk 20 minit atau lebih.

7. Pampasan kewangan yang setimpal perlu diberi jika orang yang difitnah itu telah rugi dari segi kewangan akibat fitnah kita. Lagi-lagi yang perniagaannya telah dirugikan atau ditutup terus akibat fitnah. Yang difitnah itu layak ambil tindakan mahkamah jika pampasan yang diberi tidak cukup.

8. Jika berlaku kehilangan nyawa atau kerosakan tubuh badan akibat fitnah, hukuman “an eye for an eye” boleh dipertimbangkan. Namun kemaafan adalah lebih baik dan pampasan kewangan berdasarkan kerugian ekonomi berserta pengiraan inflasi perlu ditimbang dan dikira.

sorry

9. Jika fitnah itu terkena sesuatu syarikat atau organisasi atau ahli politik, ia bergantung. Syarikat kecil biasanya lebih terkesan dengan fitnah dan dirugikan dengan fitnah tersebut. Untuk syarikat besar, kemungkinan publisiti yang bagus, kemungkinan juga kerugian besar. Anda boleh dibankrapkan dan dipenjarakan jika anda memfitnah syarikat. Dosa pun dapat. Jika anda post fitnah berkenaan syarikat atau organisasi, pastikan anda tarik balik sambil memohon maaf serta membayar kerugian syarikat. Jika ada orang yang share post anda, minta dia share juga kekesalan dan permohonan maaf anda.

10. Kadang-kadang kita suka membuat insinuation atau suggestion. Contohnya, nampak doktor berehat sebentar di hospital. Maka diambil gambarnya dan diposkan dengan caption “seronoknya dokter ni berehat. Kami di sini beratur panjang lagi. Syukur malaysia masih aman”. Caption ini seolahnya mencadangkan doktor curi tulang sewaktu waktu bekerja padahal ia baru selepas membuat CPR selama 45 minit. Permohonan maaf wajib dibuat dengan cara yang ditulis sebelum ini.

Jangan ingat senang fitnah dan senang mohon maaf. Pembetulan atau permohonan maaf belum tentu dapat ampunkan dosa jika yang difitnah tidak memaafkan.

Fitnah under the banner “freedom of speech” is not for decent muslims, or decent humans.

Sekian.
FAIZ NAJMI

BACA: 20 Dosa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan Yang Dibenci Oleh Musuhnya

BACA juga: Wanita Cantik Ini Dituduh Gila Harta. Jawapan Balasnya Buat Penuduh Terkesima

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka