Sering sakit kepala dan migrain? Minyak balm sakit kepala yang sedia ada anda tidak membantu hilangkan kesakitan anda?

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Mastura Rashid telah berkongsi cara untuk menghasilkan minyak balm yang mudah dan ringkas. Baca perkongsian beliau di bawah ini:

Bahan-bahan yang diperlukan:

72212087_10157704143028966_7773161009212030976_n

1. Daun pudina segenggam
2. Sebiji lemon
3. 1/2 mangkuk minyak kelapa dara organik

Langkah-langkah membuat balm:

1. Leraikan daun pudina daripada batangnya.

2. Kemudian, kupaskan kulit lemon.

3. Selepas itu, basuh bersih kedua-dua bahan tersebut.

72324138_10157704143508966_5907529453231144960_o-2

4. Kemudian, keringkan bahan-bahan tersebut agar air tidak akan bercampur dengan minyak nanti.

5. Tuangkan minyak dalam mangkuk.

72487073_10157704144478966_1481749517958119424_n

72181705_10157704145148966_7154366649762578432_n

6. Kemudian, gunakan cara double boiler untuk membuat balm dengan masukkan air pada bahagian bawah dan bahan-bahan pada bahagian atas.

7. Masukkan minyak dahulu dan masukkan daun pudina serta kulit lemon.

74218612_10157704146243966_4437209951349243904_o

72478158_10157704146508966_8062276938900701184_o

8. Selepas itu, masak dengan api yang perlahan selama 2 hingga 3 jam.

9. Kemudian, tuangkan dalam bekas dan keraskan dalam peti sejuk bahagian chiller.

Mudah bukan? Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda disamping dapat berjimat.

Tidak cukup dengan hanya membuat ‘balm’? Di bawah ini kami listkan beberapa life hacks untuk anda. 

Ini ‘Bahan Rahsia’ Hilangkan Kotoran Degil Pada Kasut

Ini Cara Baiki Kipas Seperti Baharu Bermodalkan Bawah RM10