Masalah tidak cukup ruang memori adalah perkara biasa kepada kebanyakan pemilik iPhone. Ini kerana terlampau banyak benda yang tidak digunakan ada di dalam iPhone tersebut. Alasan yang selalu diberi adalah sayang untuk membuang memori tersebut.

landscape-1435156881-landscape-nrm-1434543448-iphone-storage-full

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun sekiranya anda menyimpan data terlampau banyak, kebiasaannya prestasi iPhone akan terjejas dan tidak lancar. Kali ini kami berkongsi beberapa cara untuk menguruskan masalah memori iPhone ini.

1. Pastikan aplikasi apakah yang menggunakan banyak data.

Dengan hanya beberapa tap, anda boleh terus ke Settings > General > Usage, dan klik Manage Storage. Dari sini anda akan nampak aplikasi yang sangat tamak dalam memakan data.

1435156732-syn-ghk-nrm_1434540411-macworldcouk

2 – Delete aplikasi yang anda tidak gunakan.

Sebaiknya anda pilih aplikasi yang anda selalu guna dan berguna untuk kehidupan seharian anda.

3 – Memilih senarai muzik adalah penting.

Sekiranya anda gemar mendengar muzik di dalam iPhone. Pastikan muzik yang selalu anda dengar sahaja yang disimpan. Seperti kami tidak menyimpan muzik dalam iPhone. Kami gunakan aplikasi Spotify. Lebih banyak pilihan tanpa perlu fikirkan ruang storage.

4 – Optimasi ruang storan anda.

Dalam operasi iOS8, sistem membenarkan anda menyimpan gambar dan video dalam resolusi rendah dalam iPhone anda. Namun jangan risau, file resolusi penuh akan disimpan dalam akaun iCloud anda. Untuk cara ini, anda boleh terus ke Settings > Photos & camera > Optimize phone storage dan anda akan lihat pilihan tersebut.

5 – Text mesej terlampau banyak? Delete! Delete! Delete!

Walaupun text tidak menjejaskan ruang storage iPhone. Namun, anda boleh optimize sebaik mungkin text yang masuk ke dalam iPhone. Dalam sistem iOS8, anda boleh memilih tetapan berapa lama mesej disimpan dan akan padam secara automatik dalam tempoh yang ditetapkan.

1435156733-syn-ghk-nrm_1434540556-delete-your-message-history-automatically-ios-8w654

6 – Simpan data di tempat lain.

Data terlalu banyak adalah biasa bagi kebanyakan orang. Jadi uruskan data anda sebaik mungkin. Seperti kami gunakan Google Drive untuk storan file, Google Photos untuk simpanan gambar secara unlimited. iCloud kami gunakan sebagai simpanan data emel, nombor telefon dan lain-lain maklumat penting.

Selain daripada itu, pindahkan data anda secara berkala ke dalam laptop. Pindahan sebulan sekali adalah just nice.

// Gunakan i-Flash OTG Pendrive External Storage for iOS untuk pindahan mudah alih dengan lebih cepat //

7 – Jangan gunakan fungsi HDR untuk gambar.

Fungsi HDR adalah bagus kerana kualiti yang dihasilkan amat memuaskan. Namun ianya amat tak bagus untuk memori iPhone anda. Untuk tetapan ini, pergi ke Settings > Photos & Camera dan unselect Keep Normal Photo.

8 – Buang cache dalam tetapan browser.

Jika anda tegar melayari internet menggunakan browser. Anda akan dibelenggu masalah memori cache terlalu banyak. Pergi ke Settings > Safari > dan tap pada Clear Cookies untuk selesaikan masalah ini.

1435156734-syn-ghk-nrm_1434540748-clear-website-history-data-safari-ios

9 – Kaki Instagram? Ambil peduli hal ini.

Satu je nak pesan. Jangan simpan gambar yang telah diambil. Hanya simpan gambar yang dimuatnaik sahaja. Caranya pergi ke Setting dan pastikan Save Original Photos telah ditutup.

Dapatkan Produk Apple Yang Pasti Berkualiti Tinggi Di LAZADA

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram