Nota Editor: Tip ini telah dikongsikan oleh Syahnaz Akhtar Mat Ali di Facebook beliau. Kami kongsikan semula di Vocket dengan izin daripada penulis. Semoga ia bermanfaat untuk anda.

rumah-di-syurga-1

Dalam kuliah Maghrib malam ini, seorang ustaz yang menggantikan penceramah jemputan yang tidah hadir telah membicarakan tentang satu tajuk yang ramai di kalangan kita selalu perkatakan, iaitu hartanah.

Waktu mula-mula beliau sebut pasal hartanah, saya ingatkan ustaz nih nak cerita tentang faraid atau harta pusaka (ada juga terlintas di hati, ustaz nih kerja REN ke?)

Selepas itu ustaz menyambung lagi, nak bercerita tentang hartanah paling mahal yang semua orang boleh miliki dengan mudah di alam akhirat. Lebih tepatnya di syurga bila kita semua ke sana kelak (InsyaaAllah).

Ustaz bagitau memang mudah dan banyak cara untuk dapatkan sekurang-kurangnya sebuah rumah yang memang tidak ternilai harganya di sana.

Batu-bata binaannya diperbuat daripada emas dan perak. Hadis riwayat Bukhari juga ada menyebut (saya google),

“sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.”

Baca: Satu-Satunya Rumah Tradisional Di Chow Kit, Kini Semakin Hilang

rumah-di-syurga-2

Cara pertama yang diceritakan ustaz untuk dapatkan rumah di syurga ialah dengan ‘membina masjid’ sewaktu kita masih hidup. Tak semestinya derma untuk bina sebuah masid, sumbangan ke tabung derma untuk proses pembinaan masjid pun sudah memadai, asalkan derma tersebut adalah dari sumber yang halal.

Membina masjid dalam ertikata yang lain pula ialah mewujudkan ruang solat di rumah atau pejabat (yang sebelumnya tiada) dan digunakan untuk solat berjemaah. Walaupun ianya sebuah setor kecil yang dijadikan bilik surau untuk solat, kata ustaz.

Ada beberapa cara lagi yang diceritakan oleh ustaz ini untuk dapatkan rumah di sana selain dengan membina masjid iaitu:

  • Membaca surah Al-Ikhlas (sebanyak 10 kali)
  • Memenuhkan ‘saf’ solat yang lompong/kosong
  • Meninggalkan penipuan dalam gurauan (‘prank call‘, panggilan hangit dan lain-lain gurauan yang diselitkan dengan penipuan)
  • Istiqamah mengerjakan solat sunat Rawatib (12 rakaat)
  • Menunjukkan akhlak yang baik

rumah-di-syurga-3

Dalam kita mengeluh kerana semakin sukar untuk memiliki hartanah yang harganya semakin tinggi, kadang-kadang kita juga terlupa ‘rumah’ yang kekal sedang menanti kita di akhirat sana.

Dan kita sendiri boleh menyediakan rumah tersebut tanpa sebarang keluhan pun, hanya dengan amalan.

“Di dalamnya (syurga) ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.”- Hadith riwayat Bukhari & Muslim.

Baca lagi: 5 Tip Membeli Rumah Lelong Dengan Cepat, Selamat Dan Mudah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤