Memasuki tahun 2018 dapat kita lihat teknologi melibatkan cashless payment semakin mula diterima bank serta syarikat-syarikat besar. Jika sebelum ini teknologi ini hanya tertakluk kepada kad kredit dan debit, kini pengguna berpeluang membayar hanya menggunakan smartphone.

Salah satu cara termudah pengguna boleh menggunakan teknologi ini adalah dengan menggunakan aplikasi daripada Maybank. Mengapa Maybank menjadi pilihan? Kerana teknologi ini ditawarkan oleh Maybank secara meluas sesuai dengan bilangan penggunanya yang ramai.

Pada kali ini saya akan menunjukkan cara-cara untuk para peniaga menyertakan fungsi Maybank QR Pay di dalam bisnes mereka. Ianya amat memudahkan peniaga dan juga pelanggan untuk berurusan secara cashless dan selamat. Berikut merupakan cara-cara untuk anda membuat pembayaran menggunakan Maybank QR Pay.

1. Muat turun aplikasi Maybank QR Pay di Android atau iOS

27331601_2209765249049077_394203107601794405_n

2. Ikuti cara pendaftaran Maybank QR Pay

19554630_2209765252382410_6503917484673516706_n

3. Anda akan diberi pilihan untuk mendaftar sebagai pengurus atau juruwang

26907862_2209765285715740_1979146599306404187_n

4. Masukkan ID dan password yang telah didaftarkan

26991709_2209765315715737_432135259374322126_n

5. Sertakan amaun untuk pelanggan membayar

27331686_2209765345715734_8514675018954775619_n

6. Pembeli hanya perlu scan kod ini untuk membayar

19554433_2209765385715730_3614708139096964201_n

7. Pembayaran akan masuk ke akaun anda secara terus

26993903_2209765389049063_3253961312767854272_n

8. Antara tatapan yang anda boleh rujuk melalui aplikasi Maybank QR Pay

26907331_2209765419049060_6236581949498607014_n

Pelanggan yang mempunyai aplikasi Maybank2u di smartphone mereka hanya perlu menggunakan fungsi QR pay pada Aplikasi Maybank2u mereka. Scan sahaja QRpay Code yang terpapar pada skrin pembayaran, terus pembayaran diselesaikan.

Maybank QRpay ini bukan sahaja memudahkan, malah transaksinya pula secara real time. Dalam erti kata lain apabila transaksi pembayaran dibuat, amaun terlibat akan terus masuk ke akaun peniaga tanpa perlu dipegang seketika oleh pihak bank. Lebih menarik, teknologi ini tidak mempunyai caj tambahan. Sangat ringkas dan mudah untuk para peniaga praktikkan.

Artikel di atas disumbangkan oleh Mohd Ridzuan Rosli. Beliau merupakan seorang usahawan yang mengusahakan bisnes berasaskan takoyaki. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group