Sebelum ini, Caprice terpalit kontroversi dan dikecam apabila ‘memetik’ nama Ustaz Ebit Lew berkaitan bantuan kemanusiaan di Gaza. Lantaran itu, Caprice telah meminta maaf dan akui tindakannya mengikut emosi.

Malah, dikatakan Caprice akan tetap membuat sesi live di Instagram pada jam 10 malam ini walaupun poster berkaitan sesi itu telah dipadamkan. Menurutnya, semoga dengan kenyataannya dalam sesi ‘live’ nanti dapat membuka buku baru.

photo_2021-07-21_13-00-39

photo_2021-07-21_13-00-44

Pemberitahuan sesi live akan berlangsung seperti dijadual diberitahu Caprice sendiri di Instastory miliknya. Malah, Caprice dikhabarkan meneruskan misi di Gaza seorang diri meskipun semua pasukannya sudah pulang ke Malaysia.

Tambahnya, perjalanan jihad kali ini paling mencabar namun beliau percaya bahawa akan ada hikmah disebalik semua ujian yang diterima. Sementara itu, Nadir Al Nuri telah berkongsi perkara yang berlaku di Gaza semasa team Ebit Lew ke sana dan untuk baca penjelasan panjang daripada Nadir boleh klik di sini.

Buat anda yang terlepas apa yang berlaku, klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Lelaki Ini Kongsi Cerita Penuh Caprice vs Ustaz Ebit Lew Yang Telah Diringkaskan

Caprice Mahu Buat Pendedahan Keadaan Sebenar Di Gaza Dalam Masa Terdekat

Akui Terlalu Emosi, Caprice Minta Maaf Isu Melibatkan Ebit Lew