Mengubah dan menetapkan cermin sisi kereta (side mirror) untuk mendapatkan pandangan terbaik ada ketikanya boleh menjadi satu tugas yang agak rumit terutama buat mereka yang masih baru di atas jalan raya.

Walaupun kita bebas untuk mengubah kedudukan cermin ini mengikut keselesaan namun tahukah anda sebenarnya terdapat cara yang betul untuk mengubah dan menetapkan kedudukan cermin sisi tepi kereta anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu dikongsikan @auto.parts.laboratory menerusi video yang dimuat naik di akaun Tik Tok miliknya baru-baru ini. Berikut adalah beberapa langkah mudah yang dikongsikannya untuk mendapatkan pandangan terbaik dari cermin sisi anda.

Selaraskan cermin dengan pemegang pintu kereta

Perkara pertama untuk mendapatkan pandangan yang baik menurutnya adalah dengan menyelaraskan cermin sisi pada kedudukan yang sama dengan pemegang pintu.

Pastikan pemegang pintu kelihatan dan berada di bahagian bawah sebelah dalam paparan cermin. Perhatikan pandangan cermin sisi yang dikongsikan beliau di bawah. Ini adalah kedudukan dan pandangan yang paling baik menurutnya.

tt
Pastikan anda dapat melihat pemegang pintu di bahagian bawah cermin sisi kereta anda.

Langkah berkenaan menurutnya juga boleh dilakukan untuk kedua-dua belah cermin sisi anda sama ada di bahagian kiri atau pun kanan.

Selain dapat memastikan pemandu mendapat pemandangan cermin sisi yang terbaik beliau juga dalam video berkenaan menjelaskan kedudukan itu mampu untuk memberi anggaran dengan jelas sekiranya pemandu ingin memotong kenderaan lain, menukar lorong atau memasuki simpang.

Perkara ini dapat dilakukan apabila pemandu membahagikan paparan cermin sisi kepada dua bahagian iaitu safe zone dan juga danger zone.

e

Merujuk kepada gambar di bawah, anda berada dalam kedudukan yang selamat untuk memotong atau memasuki lorong sekiranya kereta dari arah belakang berada dalam garisan safe zone.

Capture

Manakala, jika kereta atau kenderaan yang datang daripada arah belakang berada di danger zone seperti gambar di bawah bermakna ia sudah berada terlalu hampir untuk anda menukar lorong atau pun memotong kenderaan di hadapan.

Perhatikan gambar di bawah yang menunjukkan dengan jelas bagaimana jika kenderaan yang datang dari arah belakang berada dalam kedudukan danger zone.

w

Masih tertanya-tanya bagaimana untuk melakukannya? Anda boleh menonton perkongsian penuh daripada akaun Tik Tok ini melalui pautan di bawah.

@auto.parts.laboratory

#california #carguy #4u #fyp #washington #lasvegas #dodge

♬ Nocturnal Jam – Sarah, the Illstrumentalist

Baca juga perkongsian kami mengenai lelaki ini yang berjaya menghalang cubaan kereta di belakangnya untuk mengelak membayar tol dengan ‘mencucuk’ keretanya melalui pautan di bawah. 

Diekori Myvi Elak Bayar Tol, Lelaki Ini Kongsi Detik-Detik Sebelum Kejadian Di LPT

‘Prank’ Jahanamkan Proton Iswara Rakan Demi Konten, YouTuber Ini Terima Respon Pelbagai Netizen

Lelaki Ini Kongsikan Jangkaan Susut Nilai Proton X50 Selepas Lima Tahun Penggunaan

Sumber