Keluarga saya ada sebuah rumah Semi D 1 tingkat di Petaling Jaya, Selangor yang mempunyai baki lagi 16 tahun sebelum tamat tempoh pejakan. Ni rumah lama sejak zaman 1950an lagi, zaman ni memang confirm saya tak lahir lagi.

Ok. Untuk kes macam ni, biasanya sebelum mencapai tarikh tamat tersebut, kerajaan akan memberi pilihan untuk pemilik menyambung tempoh pajakan sebelum tamat tarikh pajakan sebenar. Terdapat 2 cara untuk disambung pajak semula bagi tanah di rumah tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bayaran RM1K untuk panjangkan tempoh

1. Pegangan akan dipanjangkan beserta dengan kaveat pendaftar.

2. Tidak dibenarkan membuat pindah milik kepada orang lain, kecuali kepada ahli keluarga yang terdekat.

3. Lepas geran terbaru keluar, keluarga saya tak akan menerima sebarang kadar diskaun sekiranya ingin melanjutkan tempoh premium. Perlu bayar full premium.

4. Setelah geran terbaru keluar dan sekiranya satu masa nanti keluarga saya nak jual, kadar premium tersebut perlu juga dibayar kalau nak keluarkan kaveat pendaftar bagi proses pindah milik kepada pembeli.

5. Pembeli yang ingin membeli menggunakan loan, agak sukar, sebab terdapat kaveat pendaftar dan pihak bank biasanya tidak akan memberikan pinjaman bagi kes macam ni, sebab high risk.

6. Pilihan 1 dibuat bagi mengelakkan pemilik dari membuat keuntungan dengan penjualan. Ianya dibuat bagi membantu pemilik yang betul-betul ingin menetap di situ.

pajakan-rumah-1

pajakan-rumah-2

2. Bayar premium bagi panjangkan tempoh

1. Pegangan boleh dipanjangkan kepada 2 tempoh, iaitu 60 tahun atau 99 tahun

2. Ianya boleh dipanjangkan dengan pembayaran premium berdasarkan kepada harga tanah semasa

3. Formula pengiraannya adalah:

1/4  ✖  1/100  ✖  nilai tanah semasa  ✖  tempoh tahun dipanjangkan  ✖  luas dalam meter persegi ➖ 30%

Contoh pengiraan :
1/4  ✖  1/100  ✖  RM3K  ✖  44 tahun (60 tahun – 16 tahun) ✖  362 meter persegi ➖ 30%

JUMLAH PREMIUM YANG PERLU DIBAYAR: RM83,622.00

Nota: Untuk dapatkan nilai semasa tanah, perlu merujuk kepada pejabat tanah.

1. Anggaran nilai tanah di kawasan ini dalam RM2K – RM3K meter persegi

2. Tempoh tahun dipanjangkan =  tempoh tahun yang dipanjangkan (60 tahun atau 99 tahun) – baki tahun yang tinggal

3. Luas dalam meter persegi : boleh tengok dalam geran
30% : ialah kadar diskaun yang diberikan secara automatik

◾Lepas geran terbaru keluar, keluarga aku boleh jual terus tanpa sebarang masalah

◾Pembeli boleh membuat loan untuk pembelian

◾Untuk submit permohonan, kos yang terlibat ialah:

(i) Proses bayaran permohonan : RM150
(ii) Beli Pelan : RM40
(iii) Beli Carian Rasmi : RM50

◾Proses permohonan pemanjangan tempoh akan mengambil masa anggaran selama 6 bulan

◾ Pembayaran perlu diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan diluluskan

◾Anggaran keseluruhan proses sehingga geran terbaru dikeluarkan adalah selama 1 tahun

NOTA : Kaedah ni untuk negeri Selangor sahaja, untuk negeri-negeri lain, korang boleh rujuk pejabat tanah di negeri korang.