Saya beli kereta Proton Gen2 R3 pada tahun 2005 di kala saya bekerja di Kilang Carsem (M) Sdn Bhd dengan pendapatan yang tetap. Bayaran bulanan kereta ini ialah RM601 setiap bulan.

proton gen2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada hujung tahun 2005, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selama empat tahun secara “full time”. Maksudnya, saya dah tak ada “income tetap”.

proton gen2 r3 1

Jadi, antara perkara utama yang perlu saya fikirkan ialah “bagaimana saya nak bayar bulanan kereta Gen2 ini yang bernilai RM601 sebulan?”

Ini caranya:

SAYA JUAL KAD TOP UP

Untung jual kad top up adalah 3% sahaja. Dengan bermodalkan RM970 untuk 100 keping kad top up yang bernilai RM10 setiap satu, saya akan untung RM30.

Mana mungkin saya mampu jual 100 keping sendirian dalam sehari, al-maklumlah, jadi student memang sibuk, jadi, saya minta bantuan rakan-rakan dari 10 fakulti yang berlainan.

Begini:

Setiap seorang rakan saya akan jual 10 keping kad top up. Mana ada orang nak kerja “free”, dengan keuntungan RM3 untuk 10 keping kad top up yang dia jual, saya bagi dia RM1, maksudnya, saya akan dapat RM2. Setiap fakulti ada lebih dari 1000 orang pelajar, takkan lah tak dapat jual 10 keping sehari. ngehngehngeh.

So, 10 orang rakan, saya akan dapat: RM2 x 10 penjual = RM20 sehari

“RM20 jer??? Bayaran bulanan Gen2 ialah RM601, mana cukup!!!!”

Maafkan saya, RM20 adalah pendapatan harian, jadi, RM20 x 30 hari = RM600 sebulan

“RM600??? Bayaran bulanan Gen2 ialah RM601, tak cukup lagi seringgit.”

Apa yang susah sangat nak dapatkan seringgit tu, saya minta je lah kat mak saya, belum lagi saya jumpa mak yang tak bagi anaknya RM1 dalam sebulan.

PS: Bukan keuntungan besar yang perlu kamu cari dalam bisnes kamu, tapi “volume jualan” yang perlu kamu kejar.

Sekadar berkongsi pengalaman untuk orang-orang yang baru nak merangkak dalam perniagaan seperti saya.

All the best.