Apa yang ditawarkan oleh Virgin Australia Airlines untuk penumpang membunuh masa di dalam penerbangan yang panjang ini pastinya mencetuskan satu kelainan. Jika sekarang menonton filem atau bermain inflight games menjadi pilihan, kini anda boleh belajar di langit.

holysmithereens.com
holysmithereens.com

Virgin Airlines di Australia telah melakukan satu pembaharuan di dalam sistem hiburan inflight dengan menambah kursus pendek berkaitan bisnes atau lifestyle untuk perjalanan domestik dan antarabangsa yang akan boleh diakses di tablet dan smartphone penumpang melalui Wi-Fi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Program pilot dimulakan pada Disember lalu dengan sasaran memperkenalkan topik berlainan pada setiap bulan. Kerjasama bersama Open Universities Australia yang menawarkan platform online untuk belajar ini membolehkan penumpang belajar tentang fotografi, perancangan kewangan, pemakanan dan asas bisnes di Asia.

Jose Herrera Perea, pengurus eksekutif program OUA yang yakin 20% penumpang akan mendaftar untuk program ini berkata, penumpang boleh akses video kursus semasa dalam penerbangan dan boleh membuat assessments di laman web apabila mereka ada akses internet.

Virgin Australia pula berkata langkah ini adalah respon kepada peningkatan minat di dalam educational entertainment atau “edutainment”.

“Tidak ada had kepada kepakaran dan konten yang unik bagi dimanfaatkan oleh Virgin Australia, dan keupayaan untuk belajar di langit adalah salah satu cara baru kita boleh menjaga tetamu agar terhibur,” kata ketua pegawai pelanggan Mark Hassell.

Kursus pendek ini tiada akreditasi tapi boleh dimasukkan ke dalam resume dan akan menerima sijil pencapaian.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram