Terkenang akan tahun 90-an dulu. Ibu bapa tidak berasa risau melepaskan kita pergi ke rumah orang yang mengajar mengaji seorang diri atau dalam berkumpulan. Waktu itu terasa selamat walaupun jam sudah cecah 10 malam. Ibu bapa juga tidak berasa risau membenarkan kita pergi ke kem motivasi yang memerlukan kita bermalam di tempat tersebut. Tapi kini itu semua sudah berubah. Keadaan tidak sama seperti dulu lagi. Jika anak keluar ke rumah untuk pergi ke taman permainan atau kedai berdekatan rumah, belum tentu anak akan kembali ke rumah. Jika anak hadiri kem motivasi atau kem seumpamanya, belum tentu anak selamat gara-gara harapkan pagar, pagar makan padi.

Adakah perlu mengurung anak di rumah sahaja? Sedangkan ada pihak mengatakan kejahatan juga sudah masuk ke dalam rumah melalui televisyen dan internet. Adakah perlu mengekori anak sentiasa bagi memastikan keselamatannya? Sedangkan majoriti kedua-dua ibu bapa masa kini bekerja mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga. Adakah mendidik anak itu sudah cukup? Sedangkan anak orang lain mungkin bakal membuat onar pada anak kita pula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Betapa besarnya cabaran ibu bapa hari ini. Pelbagai masalah dan kemungkinan yang bakal berlaku ke atas anak-anak begitu meresahkan ibu bapa. Malah, para pendidik juga turut terkena tempiasnya apabila ramai meletakkan tanggungjawab mendidik itu pada mereka, sedangkan apabila diambil tindakan ke atas anak-anak, ibu bapa juga mempertahankan kelakuan anak (kecuali kes buli atau penderaan emosi/fizikal/dan lain-lain oleh pendidik).

children-playing-with-blocks

Mungkin ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dan anak-anak. 7 tip mendidik anak mengikut zaman anak membesar, bukan menurut zaman ibu bapa semata-mata.

1. Peranan ibu bapa masa kini mestilah lebih cekap, pantas dan bijak daripada anak-anak, juga lebih pantas daripada kecanggihan teknologi serta sentiasa memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dalam masalah sosial yang dahsyat.

2. Ibu bapa seharusnya mengetahui dengan siapa anak-anak mereka belajar dan berkawan. Alasan yang selalu digunakan oleh anak-anak di bangku sekolah ialah belajar bersama kawan-kawan.

3. Ibu bapa sentiasalah mendampingi anak-anak, didik mereka dengan nasihat, tunjukkan akhlak yang baik agar dicontohi anak-anak.

4. Penerapan keimanan yang berterusan kepada anak-anak akan dapat mengelakkan mereka terjebak dalam pelbagai gejala sosial daripada godaan dan hasutan syaitan. Keimanan yang paling afdal adalah apabila seseorang itu mengetahui bahawa Allah selalu melihatnya di mana saja dia berada.

5. Sekolah sepatutnya menjadi tempat untuk mengukuhkan pengetahuan anak-anak, bukan mendidik perkara asas kehidupan.

6. Ibu bapalah yang seharusnya memikul tanggungjawab mendidik. Pendidikan yang dimaksudkan ialah pendidikan yang menyeluruh seperti pendidikan asas yang wajib iaitu pendidikan akidah dan akhlak, pendidikan seks, pendidikan alam sekitar mahupun pendidikan kepenggunaan, maka ibu bapalah yang harus mengajarkannya.

7. Ibu bapa perlu mempersiapkan diri untuk memperoleh kemahiran menyampaikan sesuatu ilmu kepada anak-anak.

Nasihat Sayidina Umar al-Khattab mungkin boleh dijadikan panduan. Kata Sayidina Umar: “Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zamanmu.” Jelas, usaha meningkatkan kemahiran mendidik anak sentiasa penting dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencari ilmu dan kemahiran tersebut.

Namun, contoh terbaik pastilah cara Rasulullah mendidik anak-anak. Antaranya seperti ini: