Sudah pun masuk tahun 2023, pasti ada dikalangan kita yang terlupa akan cukai jalan dan insuran yang hampir tamat lebih-lebih lagi apabila memiliki lebih daripada dua kenderaan. Tahukah anda sebenarnya boleh sahaja memperbaharui cukai jalan dan insuran secara online sahaja?

Jadi, anda sudah tidak perlu lagi beratur panjang di JPJ atau pun pejabat pos hanya kerana mahu memperbaharui kedua-dua perkara tersebut. Boleh ikuti tutorial cara renew road tax dan insuran kenderaan secara online seperti di bawah.

Baca Juga:

Cara perbaharui insuran kenderaan secara online

1. Layari laman web MyEG kemudian daftar akaun anda pada halaman Register.

2. Setelah selesai, log masuk akaun anda.

3. Pada halaman utama, tekan pilihan Jabatan Pengangkutan Jalan di penjuru atas kiri sekali.

cara renew roadtax
Sumber Gambar: MyEG

4. Selepas itu, pilih sama ada anda ingin perbaharui lesen kereta atau pun motor.

Sumber Gambar: MyEG

5. Di halaman berikutnya, tekan Compare Now untuk membandingkan harga serta perkara yang dilindungi beberapa syarikat insurans dan takaful yang tersedia.

Sumber Gambar: MyEG

6. Kemudian, masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda dan tekan Next.

Sumber Gambar: MyEG

7. Beberapa maklumat kenderaan anda akan dipaparkan pada halaman seterusnya lalu perlu disahkan.

8. Masukkan maklumat pemilik kereta supaya sistem boleh sediakan sebutan harga insuran untuk anda dan tekan Next.

Sumber Gambar: MyEG

9. Pilih syarikat insuran yang tersedia untuk dapatkan harga terkini, lalu klik Submit.

Sumber Gambar: MyEG

10. Anda bakal dipaparkan dengan harga insurans yang dikenakan bagi setiap syarikat yang anda pilih tadi. Tekan Buy Now pada mana-mana insurans yang anda mahu.

cara perbaharui cukai jalan
Sumber Gambar: MyEG

11. Anda kemudian perlu masukkan maklumat pemandu tambahan jika ada serta pilih sebarang Add-ons yang diperlukan.

cara perbaharui cukai jalan
Sumber Gambar: MyEG

12. Akhir sekali, anda lakukan bayaran dan boleh memuat turun resit bayaran dan sijil perlindungan.

Sumber Gambar: MyEG

Cara perbaharui cukai jalan secara online

1. Log masuk dalam web MyEG dan klik pada ikon Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sumber Gambar: MyEG

2. Klik pada Perbaharui Cukai Jalan.

Sumber Gambar: MyEG

3. Kemudian, pilih sama ada anda ingin perbaharui cukai jalan motor atau kereta.

Sumber Gambar: MyEG

4. Selepas itu, lengkapkan maklumat yang diminta seperti nombor kad pengenalan, nama, nombor telefon, alamat e-mel, nombor pendaftaran kenderaan dan tempoh pembaharuan cukai jalan.

Sumber Gambar: MyEG

5. Anda boleh pilih sama ada cukai jalan itu mahu dihantar ke rumah anda atau mengambilnya sendiri di Pejabat MyEG berdekatan. Penghantaran ke alamat pilihan akan dikenakan caj penghantaran.

Sumber Gambar: MyEG

6. Lalu, pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat. Sebutan harga dan caj dikenakan akan dipaparkan pada skrin. Jika anda setuju dengan harga yang dipaparkan, tekan terus Confirm & Pay.

7. Selesai proses pembayaran, bolehlah memuat turun resit pembayaran yang mana boleh dijadikan rujukan kelak.

Untuk makluman, sebelum boleh pembaharui cukai jalan anda perlu perbaharui insurans kenderaan terlebih dahulu. Jadi, ikuti turutan tutorial di atas memudahkan urusan pembaharuan cukai jalan dan insurans secara dalam talian.

Langkah pembaharuan secara dalam talian sememangnya sangat membantu kerana lebih pantas dan mudah. Jadi, anda bolehlah kongsikan artikel ini agar lebih ramai mengetahui cara renew road tax dan insurans secara online.