Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Hari Kemerdekaan Malaysia berlangsung pada 31 Ogos setiap tahun sejak 1957 lagi. Pelbagai acara dilakukan oleh pihak berkuasa terutama di bandar-bandar besar bagi meraikannya. Ia satu cara menghargai usaha-usaha ke arah kemerdekaan dan memperingati betapa bernilainya erti kemerdekaan.

Baca: 34 Gambar Klasik Kuala Lumpur

Ini 10 cara bagaimana kita boleh menyambut hari kemerdekaan dengan lebih bermanfaat pada hari cuti umum 31 Ogos:

1. Main paintball seolah-olah menjiwai peristiwa peperangan dalam usaha mencapai dan mengekalkan kemerdekaan.

2. Berkelah atau piknik dengan makanan yang pernah menjadi makanan ruji ketika zaman peperangan dan darurat.

dakpink.blogspot.com

dakpink.blogspot.com

Ini pula askar sedang melakukan demonstrasi bagaimana memasak katak jika tiada makanan di hutan:

3. Tonton filem perang tempatan tetapi pilihan tidak banyak. Boleh tak cadangkan apakah filem perang yang best?

Filem Bravo 5 ini nampak macam best dengan kata-kata di poster “Biar Mati Dengan Maruah Jangan Hidup Dijajah” tetapi setakat ini ia belum ditayangkan lagi. Dengar-dengar bulan September 2015 ini.

4. Raikan dengan kemahiran siapa memanjat paling pantas dan smooth. Anda boleh buat, tengok ini:

5. Belajar langkah seni mempertahankan diri yang ringkas tetapi berguna untuk keselamatan.

myjdl.com

myjdl.com

6. Sediakan satu beg dengan barangan keperluan untuk digunakan ketika kecemasan seperti bencana alam atau rusuhan.

news.discovery.com

news.discovery.com

Baca: Kronologi Sejarah Kekejaman dan Penindasan Ke Atas Rohingya Di Myanmar Sehingga Kini

7. Sudah selalu menderma duit. Apa kata kali ini jangan beri duit kepada orang susah tetapi ajarkan satu kemahiran yang boleh mereka gunakan untuk menjana wang.

relakssminda.blogspot.com

relakssminda.blogspot.com

8. Menderma darah di Pusat Tabung Darah Negara atau pusat darah di hospital.

Facebook

Facebook

9. Kumpul barangan terpakai yang masih elok untuk dijual semula seperti konsep charity shop di Eropah.

cork.ratemyarea.com

cork.ratemyarea.com

10. Bina kekuatan dalaman.

Baca: Guna Kenderaan Berat Sambut Hari Kemerdekaan

Kesimpulannya, gunakanlah masa dan tenaga yang ada untuk menjadikan diri lebih kuat dan berguna bukan pada waktu senang sahaja tetapi di kala waktu susah juga. Maka, cabar diri anda dengan mengatasi ketakutan dan meningkatkan kekuatan. Itulah kemerdekaan di dalam diri yang perlu dicapai.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka