Semalam para pengguna jalan raya menerima berita gembira yang mana tidak mewajibkan lagi penggunaan roadtax dan lesen memandu fizikal selepas ini. Malah, ramai yang sudah rakam mencabut roadtax yang ditampal untuk meraikan berita itu.

Dalam pada itu, tahukah anda perlu menggunakan aplikasi MyJPJ untuk membuat semakan tersebut? Ada yang mungkin tidak pernah menggunakannya, jadi di sini kami ajarkan cara mendaftar akaun terlebih dahulu lepas itu barulah boleh buat semakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cara mendaftar akaun pada aplikasi MyJPJ

1. Pertama sekali, anda perlu muat turun aplikasi MyJPJ menerusi Google Play Store, App Store atau Huawei App Gallery.

2. Pada menu utama, klik pada Daftar Akaun Baharu di bahagian bawah.

Sumber Gambar: Aplikasi MyJPJ

3. Masukkan nombor kad MyKad, MyPR atau MyKAS lalu tekan butang Hantar.

Sumber Gambar: Aplikasi MyJPJ

4. Di bahagian ini, isi kesemua ruangan yang disediakan dan sahkan bahawa maklumat adalah sahih.

Sumber Gambar: Aplikasi MyJPJ

5. Tetapkan kata laluan yang merangkumi lapan aksara terdiri daripada gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Tekan Sahkan Kata Laluan.

cara semak road tax myjpj
Sumber Gambar: Aplikasi MyJPJ

6. Setelah selesai, cuba log masuk pada menu utama dengan isi nombor IC atau berkaitan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.

cara semak road tax myjpj
Sumber Gambar: Aplikasi MyJPJ

7. Jawab beberapa soalan yang diajukan untuk pertama kali yang mengaksesnya.

8. Cara mudah untuk menyemak adalah dengan klik pada profil dan semua maklumat berkaitan lesen kereta dan juga roadtax akan dipaparkan.

Sumber Gambar: Aplikasi MyJPJ

Untuk membuat semakan secara manual, anda boleh pergi ke menu semakan lesen memandu atau lesen kenderaan. Buat mereka yang mengalami masalah untuk mengaksesnya, boleh cuba pada waktu lain memandangkan ramai yang sedang mencuba aplikasi ini.

Semoga dengan tutorial ini dapat memudahkan anda membuat pendaftaran dan juga semakan lesen digital bagi urusan seharian. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai boleh mengetahuinya.