Selalunya kita mendengar pembeli yang ditipu atau kena scam dengan penjual. Tapi adakala peniaga online juga turut menjadi sasaran scammer. Inilah yang telah berlaku kepada seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Kaka yang menjual beg tangan di atas talian.

Menurut Cik Kaka, taktik yang biasa digunakan oleh scammer kepada peniaga online adalah dengan menawarkan harga belian yang lebih tinggi daripada harga barang yang dijual, dan dilakukan oleh warga asing.

Mereka juga akan memberikan resit palsu dan meminta peniaga membayar clearance fee secepat yang mungkin. Berikut screenshot Whatsapp bagaimana Cik Kaka mengenakan scammer tersebut:

Pesan Cik Kaka, “kita sebagai penjual biasanya memang akan mudah kelabu mata kalau orang nak bayar mahal . Tapi kena fikir logik juga. Mana ada orang nak beli barang lebih mahal daripada yang dijual. Berhati-hatilah.”