Pickup truck Ford ini kami sewa dengan harga cuma USD30 sehari untuk kembara berkereta kami di Alaska tahun lalu. Orang Alaska memang ramai pandu pickup truck yang sama. Perjalanan memang lebih seronok bila pandu kereta jenis ini di sana.

Ramai yang bertanya pada saya tentang macam mana saya dapat sewa kereta Mustang, Jeep Wrangler, dan pickup truck ini dengan harga tak lebih dari USD40 sehari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jawapan saya selalu sama: Kalau nak dapat harga murah, cari dan tempah sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal terutama jika kamu bakal melawat tempat tumpuan pelancong seluruh dunia. Cari setiap hari dan cari dengan aktif. Kalau memang betul bernasib baik dan sudah rezeki, memang akan dapat kereta sewa tak lebih USD40 sehari walaupun kereta Mustang.

Kami gunakan rentalcars.com dan kayak.com untuk cari kereta sewa di AS dan juga bila di luar negara contohnya untuk kembara kami di Ireland, Iceland, dan Australia tahun lalu. Di laman-laman web ini akan disenaraikan semua jenis kereta mengikut harga dari pelbagai syarikat dari seluruh dunia. Tak ada syarikat yang memang khas murah kerana semua bergantung pada masa dan jenis kereta.

cara-sewa-kereta-alaska-1

Faktor lain yang mempengaruh harga kereta sewa di sini ialah tempat di mana anda ambil kereta sewa. Kebanyakan pejabat syarikat kereta sewa bajet terletak di luar lapangan terbang yang mana untuk ke sana anda perlu naik bas shuttle khas mereka.

Biasanya harga sewa kereta syarikat seperti ini lebih murah. Untuk makluman, syarikat seperti Hertz dan Enterprise bukan syarikat kereta sewa bajet ya. Apa yang penting ialah jangan sewa kereta pada hari anda tiba dan sewa serta ambil kereta di lapangan terbang! Ini ialah kombinasi yang buat harga sewa jadi tinggi!

Jenis dan saiz kereta juga boleh mempengaruhi harga sewa tapi seperti yang saya katakan di atas, kalau cari lebih awal, pickup truck ini yang harga sewa sepatutnya USD80 boleh dapat cuma USD30!

Ramai juga yang tanya wajib tak ambil insurans. Jawapannya tak wajib melainkan kamu nak gunakan kereta lebih dari sebulan dan untuk ke banyak negeri. Apapun saya sangat galakkan kamu beli insurans kerana fender bender (kes langgar tanpa kecederaan) di AS ini mahal bayarannya!

Lebih lagi bila kamu tak biasa dengan keadaan jalanraya dan kereta di AS contohnya yang mana pemanduannya di sebelah kanan jalan(stering sebelah kiri). Kalau rasa boleh guna duit poket sendiri untuk baiki kerosakan yang harganya pasti USD500 ke atas takda masalah. Hal-hal lain kamu boleh fikir sendiri.

Pokoknya kalau rajin cari InshaAllah terjumpa tawaran hebat. Kalau cari last minute memang susahlah nak jumpa.

Baca lagi: Pengalaman Menarik Saya Berkunjung Ke Aberdeen Bandar Kelahiran Kurt Cobain Di USA