Pada tahun 2017, difahamkan kamera hadapan semakin banyak digunakan berbanding kamera belakang. Alasannya adalah disebabkan tabiat orang ramai yang lebih gemar swafoto ketika ini. Dalam pada itu, Nokia mempunyai idea yang berbeza untuk meraikan moment  serta tidak mahu pengguna melepaskan rakaman detik berharga. Melalui fungsi yang dinamakan sebagai ‘Bothie’, pengguna smartphone terbaru Nokia iaitu Nokia 8 berpeluang untuk merakam momen secara serentak menggunakan kamera belakang dan hadapan. Tonton video ini untuk melihat idea rasmi daripada Nokia ini.