Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Nota Editor : Kisah tentang Crimea, wilayah yang sedang bergolak ini asalnya telah dikongsikan di fb page The Patriot. Kami kongsikan semula di sini untuk rujukan dan juga sebagai perangsang terutama bagi backpacker yang gemar mengembara ke tempat yang unik dan ‘rare’.

crimea-13

KEINDAHAN SEMENANJUNG CRIMEA : PENGEMBALIAN CRIMEA DAN SEVASTOPOL KE PERSEKUTUAN RUSIA

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Pengambilan Crimea oleh Persekutuan Rusia dilihat sedikit kontroversi. Bagi Barat, ia merupakan rampasan (annexation), tetapi bagi pihak yang berpendapat sebaliknya, ia merupakan langkah demokrasi sepertimana Kosovo melakukan keatas Serbia. Apa yang sudah pasti, yang menanggung rugi ialah Ukraine – sebuah negara boleh diibaratkan seperti sebuah empayar kecil yang terdiri daripada empat negara.

Pada hari ini, pen Presiden Vladimir Putin gunakan untuk menandatangani persefahaman kemasukan Crimea kedalam Rusia telah dijadikan aset muzium. Maka bermulalah hidup baru “anak Rusia” ini, di dalam dakapan ibu helang berkepala duanya. Setakat ini, apakah perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan pusat Rusia kepada anak baru ini?

crimea-11

1. Ruble telah menjadi matawang baru semenanjung itu.
2. Golongan pencen tidak disisihkan. Dibawah undang-undang Rusia, pencen mereka sekadar dikira semula.
3. Sejurus sahaja Crimea memasuki Rusia, Ukraine telah memotong hubungan keretapi bersama semenanjung tersebut. Rusia kini sedang mengorak langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.
4. Lebuhraya baru akan dibuat agar Kerch dan Crimea dapat dihubungkan.
5. Plat pendaftaraan kenderaan baru diagihkan.
6. Crimea dan Sevastopol dimasukkan dalam program-program masa depan Rusia seperti pemberian perumahan kepada veteran-veteran perang dan sebagainya.
7. Pada Mei 2014, Crimea menerima pembaharuan pendidikan yang selaras dengan sistem pendidikan terbaik dunia Rusia.

crimea-1 crimea-2 crimea-3
8. Crimea merupakan lubuk pelancongan yang amat popular. Maka kerajaan Kremlin kini sedang merancang 11 kompleks pelancongan dan rekreasi yang baru.
9. Resort kanak-kanak Artek akan diberikan dana pembaharuan sebanyak AS$350juta.
10. Rusia juga sedang merancang untuk mengembalikan festival pawagam di Crimea.
11. Sumber tenaga Crimea telah diintegrasikan kedalam program persekutuan tenaga Rusia, bernilai AS$800juta.
12. Hampir AS$1.5bilion ditambah dalam bajet ketenteraan laut Crimea agar dapat digeruni pihak ramai.

crimea-4 crimea-5 crimea-6 crimea-7 crimea-8 crimea-9 crimea-10

Terdapat 9,000 kawasan-kawasan warisan, termasuk 5,000 kawasan arkeologi, di Crimea pada ketika ia bersatu kembali bersama Rusia. Sekiranya berkelapangan dan mampu, kunjungilah Crimea. Cara terbaik untuk memasuki Rusia ialah menggunakan Aeroflot ke Moscow (SVO, DME atau VKO) dari Bangkok (BKK) atau Phuket (HKT). Jumlah tempahan pergi-balik akan mencecah RM3,000 setiap seorang.

LIKE Facebook The Vocket disini