Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pastinya setiap pengguna Google Chrome mengenali seekor ‘dinosaur lompat’ yang akan muncul ketika berlakunya gangguan sambungan internet. Pengenalan dinosaur T-Rex tersebut semenjak 10 tahun yang lalu sememangnya berjaya menghiburkan pengguna.

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-10, Google Chrome telah memberikan permainan berkenaan kemaskini yang agak comel berupa kek hari jadi dan topi pesta untuk T-Rex.

capture-20180910-105456

Kemaskini ini telah menarik ramai pengguna untuk mencuba kemaskini tersebut dan khabar ini telah tular di media sosial terutamanya di Twitter.

Adakah anda sudah mencuba? Selamat Hari Jadi T-Rex.

Anda Mungkin Suka