Ianya satu gesture yang hebat daripada Lacoste. Dalam satu kempen kesedaran tentang spesis haiwan yang terancam di dunia ini, jenama terkenal Lacoste menggantikan logo buaya ikonik mereka kepada spesis haiwan yang terancam di seluruh dunia.

Antara haiwan yang terdapat dalam siri ini termasuklah monyet, burung badak dan beberapa haiwan lagi yang dikategorikan dalam spesis terancam. Iguana Anegada adalah spesis yang paling terancam dalam koleksi ini dengan hanya 450 ekor sahaja yang masih hidup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Unik tentang koleksi ini jumlah pakaian yang akan dihasilkan mewakili jumlah setiap haiwan yang masih ada. Jadi untuk Iguana Anefada, sebanyak 450 helai dihasilkan. Keuntungan dari koleksi ini akan disumbangkan terus ke International Union for Conservation (IUCN) bagi memelihara spesis haiwan terancam ini.

Ianya akan dijual pada harga USD185 (RM722+-) sepasang di laman rasmi Lacoste. Anda boleh baca lebih lanjut berkenaan koleksi ini di sini.