Awas! Ini adalah artikel panjang dan penuh info teknikal. Dimulakan cerita, TV CRT zaman tok kaduk di rumah sudah rosak. TV 17-inci jenama Panasonic, entah barapa puluh tahun sudah. Rosak sebab warna dia berkecamuk kena kilat kuat. Jadinya aku fikir-fikir hendak beli TV lain dan pasangkan DTTV.

DTTV – sistem TV yang bolehkan TV terima isyarat digital. Maka gambar lagi cantik. TV3 and TV1 aku tengok guna HD. Nampak la kemulusan pelakon. Haha.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Alat yang perlu untuk DTTV

1. Television

Disebabkan TV CRT aku sudah rosak, maka aku kena cari TV lain. Tengok dekat online yang harga 32 inci, lebih kurang RM500 ke atas, maka aku cari yang built in DTTV. Dapat lah jenama Skyworth. LED tv . Beli kat Shopee ini linknya.

2. Antena

Digital Antena

DTTV guna antenna jenis digital. Ada beberapa jenis, bergantung pada jarak rumah dengan pemancar DTTV terdekat. 5e – 80km , 14e – 100km, 27e- 150km. Aku beli yang jenis 14e walaupon jarak rumah dengan pemancar terdekat kurang 30km. beli kat sini. Combo sekali dengan cable RJ6 20 meter dan 2 biji connector. Beli di sini.

3. DBY 20dB Digital Amplifier / Booster for mytv T2 signal

Digital Amp

Ini adalah booster untuk kuatkan signal. Pasang antara TV DTTV dengan antenna, lagi cantik pasang dekat dengan TV. Awas, ada jenis-jenisnya, beli yang gun frekuensi 470 – 860 Mhz. sebab frekuensi ini adalah untuk DTTV. Cubalah cari di Lazada atau Shopee. Sebab masa aku periksa waktu ini, alat ni sold out.

4. L-Shape TV Antenna Wall Mount

Ini juga kena beli. Bagi senang pasang TV pada dinding rumah. L-shape ni agak susah hendak cari di kedai biasa. Jadinya aku beli di sini.

5. DVB-T2 SET Top Box

Jika guna TV yang tiada fungsi DTTV, boleh beli set top box ni. Sekarang banyak jual secara atas talian dan harganya memang munasabah.

Okay, cukup dah bahan-bahan equipment untuk setup digital TV. Sekarang perlukan ilmu sikit untuk cari signal digital daripada pencawang yang terdekat. Ada 2 cara;

1. Google maps

Lebih mudah guna PC kalu nak guna pin point kedudukan rumah dengan pemancar digital. Cara ini kena tahu kat mana pencawang terdekat. Aku study dekat blog ni.

2. Smartphone

Ini cara kedua. Cara ini agak pening sikit, tapi lebih berguna kalau nak buat kat rumah di kampung atau rumah orang lain. Sebab tak guna PC. Jadi agak mobility juga. Study blog ini.

Maka dah siap bahan dan study arah pemancar, boleh mulakan pemasangan. Jangan drill dahulu L-shape kat dinding. Pasang semua dulu dah pegang antenna tu, sambil cari signal kat TV. Bila dah dapat siaran, dekat situlah boleh install/drill L-shape . Lihat gambar antenna tu, walaupon ia hadap dinding rumah orang, tapi signal masih dapat.

Hasilnya? Bolehlah tonton 12 channel TV dan dengar beberapa stesen radio dengan kualiti yang terbaik. Sekurang-kurangnya tiada sudah komitmen untuk bayar bulanan ke stesen TV berbayar. Save duit sikit. Yang pasti gambar cantik, tiada sudah bintik-bintik dekat TV.

Terima kasih dan selamat mencuba.