Saya ini berbisnes kecil sahaja. Bagaimana saya nak untung? Baca sini dan fahamkan.

1. Jangan main harga, lawan harga dengan yang lain

Perkara paling asas yang orang akan tengok apabila membeli adalah harga, samaada harga itu murah atau mahal. Tapi kita sebagai penjual, jangan cepat dan gugup apabila customer minta kurangkan harga.

Kalau kita dah taraf Tesco, Giant itu lain kira. Orang berniaga yang suka main harga ini adalah orang yang pengecut.

Tapi kita baru sahaja buka bisnes, kecil-kecilan, dapat harga pun dah tinggi, takkan nak untung RM1 sahaja? Kos lain kita kena ambil kira, jadi bagaimana nak buat?

Berikan nilai yang berbeza kepada customer kita, samaada dari segi layanan, dari segi perkhidmatan. Berikan diskaun untuk pembelian kedua atau ketiga.

Berikan hadiah percuma, tengok stok-stok lama yang kita rasa tak boleh dijual dah, sedekah sahaja. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti.

2. Layanan

Ini perkara paling kritikal tapi biasanya ramai peniaga kita ambil mudah, SOP untuk melayan pun tiada, bayangkan orang datang nak makan, kita biarkan mereka terpinga-pinga tunggu. Bagi menu pun tak nak senyum, nak sebut selamat datang pun susah, harga makanan bukan main mahal, tapi perkhidmatan hampeh.

Apa salahnya customer datang, kita ucapkan selamat datang, tanya berapa orang, tunjukkan tempat yang mana sesuai, berikan menu dan tunjukkan menu istimewa yang boleh di order.

Kita nak income kita seperti KFC, MCDONALDS, tapi kita tak buat pun SOP seperti mereka buat.

3. Kesetiaan pelanggan

Bayangkan produk dah sedap, berkesan memang jadi pujaan, customer tetap akan datang. Tapi apabila sampai satu masa, mereka akan rasa tak dihargai. Seolah-olah kita memang nak ambil untung dari mereka tanpa fikirkan mereka.

Apa salahnya apabila mereka dah buat pembelian, kita boleh berikan kupon diskaun untuk pembelian seterusnya, kupon beli 10 dapat percuma satu, ambil testimoni, gambar dengan customer, owner sendiri patut turun padang bersama dengan customer, fahami apa masalah yang dihadapi mereka apabila berada di kedai, premis kita.

Secara tak langsung kredibiliti kita meningkat, customer akan rasa dihargai dan akan sentiasa menyokong kita nanti.

Orang ni kadang-kadang tak kisah pun harga mahal, yang mereka kisah adalah servis yang kita berikan berpatutan dengan harga yang kita letakkan.

Dah baca jangan lupa komen dan share!
Selamat mencuba.