Persembahan kumpulan legenda grunge, Nirvana untuk MTV Unplugged pada tahun 1993 merupakan salah satu konsert mereka yang paling diingati oleh peminat setia kumpulan tersebut.

Baru-baru ini, baju cardigan ikonik yang dipakai oleh Kurt Cobain ketika konsert ini telah terjual pada harga USD334,000 (~RM1.4 juta) dalam satu acara lelongan yang dikendalikan oleh Julien’s Auction Sabtu lalu.

Menurut presiden Julien’s Auction, Darren Julien berkata cardigan ini merupakan pakai paling mahal yang terjual pada acara lelongan tersebut. Banyak faktor mengapa cardigan ini boleh terjual pada harga yang tinggi dalam acara lelongan tersebut.

Pertama semestinya kerana cardigan ini dipakai sendiri oleh tuan punya badan, Kurt Cobain. Cardigan ini lengkap dengan kesan terbakar rokok yang dihisap oleh Kurt dan tidak pernah dibasuh selama lebih 3 dekad.

Keduanya, cardigan ini dipakai ketika MTV Unplugged, salah satu konsert yang rare dan santai pernah dipersembahkan oleh Nirvana. Bagi collector, perkara-perkara inilah yang akan menambahkan lagi nilai sesuatu barangan.

Sebuah lagi barangan milik Kurt Cobain, gitar khas Fender Mustang yang digunakan oleh Kurt ketika tour concert album In Utero turut terjual pada harga USD340,000 (~RM1.42 juta).

Gitar berkenaan adalah antara gitar yang masih ‘terselamat’ daripada dimusnahkan oleh Kurt. Kurt sangat dikenali sebagai salah seorang artis yang akan merosakkan gitarnya selepas tamat membuat persembahan.

Kurt Cobain membunuh diri pada April 1994 ketika berusia 27 tahun. “Memorabilia rock & roll kini dilihat sebagai satu pelaburan. Pemilik baju cardigan ini membelinya pada tahun 2015. Hari ini, ianya dijual lebih dua kali ganda berbanding harga yang dibayar sebelum ini,” terang Julien.

“Bagi saya, ini adalah market baharu untuk fine art. Lebih ramai yang berminat untuk membuat pelaburan dalam pop culture dan tidak lama lagi, lebih banyak Memorabilia rock & roll akan mempunyai harga seperti barangan milik Kurt,” tambah Julien.

Sebelum ini, Bata menghasilkan kembali model Hotshot yang pernah dipakai oleh Kurt Cobain satu ketika dahulu dan membuatkan model berkenaan sold out di seluruh dunia.

Bata Hasilkan Kembali Model Kasut Yang Pernah Dipakai Kurt Cobain

Pengalaman Menarik Saya Berkunjung Ke Aberdeen Bandar Kelahiran Kurt Cobain Di USA

Sumber