Membeli kereta serta menjaganya disertai dengan kos insuran dan cukai mungkin agak meletihkan bagi beberapa pihak. Melalui pelan inovatif terbaru daripada Volvo, syarikat ini komited untuk menawarkan pelan langganan dimana pengguna berpeluang memandu model terbaru Volvo XC40 dengan kontrak 2 tahun. Lebih menarik, pengguna berpeluang untuk upgrade pelan langganan sedia ada untuk menukar kepada kereta Volvo yang lain.

Tonton video ini untuk melihat bagaimana servis langganan ‘Care by Volvo’ bakal memberi peluang langganan kereta seperti yang belum pernah dibuat pengeluar kereta lain sebelum ini.