Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menahan dua lelaki termasuk warga emas ketika mahu membeli nombor ekor, di Masjid Tanah, semalam. Menurut kedua-dua lelaki itu, mereka mencuba nasib bagi mendapatkan duit lebih bagi perbelanjaan sambutan hari raya.

Kedua-duanya ditahan dalam operasi Perangi Jenayah Syariah (Perjasa) yang dijalankan di beberapa lokasi di negeri ini bermula 10 pagi hingga 2 petang, lapor Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, kedua-dua lelaki terbabit masing-masing berusia 52 dan 63 tahun berada di dalam premis menjual nombor ekor ketika pasukan penguatkuasa melakukan pemeriksaan.

“Ketika ditanya sama ada berpuasa atau tidak, mereka mengaku berpuasa dan kemudiannya kedua-dua lelaki itu diberikan surat perintah hadir ke pejabat JAIM.

“Tiada sebarang rampasan dibuat selain mereka ini nanti akan diambil dan dirakam keterangan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 (berjudi),” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua lelaki ini berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Sumber