Bulan ini Google Maps membawakan sesuatu yang baru kepada anda iaitu permainan ‘Where’s Waldo’. Permainan ini boleh dimain melalui laman web Google Maps atau melalui aplikasi yang ada dalam telefon bimbit anda.

Permainan ini bukan sahaja membenarkan anda mencari Waldo dan rakan-rakan iaitu Wenda, Woof, Wizard, Whitebeard dan Odlaw tetapi juga membawa anda untuk ‘melawat’ ke lokasi-lokasi terpilih seperti Surfers Paradise Beach, Australia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

waldoaustralia

Permainan ini membawa anda ke beberapa lokasi mengikut peringkat. Setiap peringkat akan menjadi lebih sukar dan menguji mata seperti di Bunol, Sepanyol.

photo6201647349533616203

Buka aplikasi Google Maps, tekan pada ikon Waldo dan ikut arahan seterusnya. Jom cari Waldo dan rakan-rakan.