Sekiranya anda sering membaca mengenai dunia automotif, individu Carlos Ghosn mungkin tidak asing lagi bagi anda. Berjaya memegang jawatan CEO Renault, Nissan dan pengurus kepada Mitsubishi Motors membuktikan kreadibiliti beliau dalam dunia automotif.

Antara pencapaian terbaik beliau sudah pastinya menyelamatkan Nissan dan Mitsubishi daripada bankrap sejak beberapa tahun terakhir ini. Pencapaian beliau sebagai CEO telah berjaya mendapat pujian ramai sekaligus memperlihatkan keupayaannnya yang tidak mampu ditanding oleh individu korporat yang lain.

5e0e6f4b855cc21de13022b8
Sumber: Business Insider

Walau bagaimanapun, CEO kepada beberapa syarikat automotif terkemuka dunia ini telah melakukan sesuatu yang tidak dijangka ramai dengan melarikan diri daripada syarikat yang dipegang.

Berdasarkan laporan, beliau dikatakan telah terbang Lubnan. Semuanya disebabkan mahu mengelakkan diri daripada didakwa di Jepun melibatkan salah laku wang syarikat bernilai $8.9 juta (~RM36.50 juta) April lalu yang membuatkan beliau tidak dibenarkan keluar dari negara tersebut.

Semuanya berjaya dilakukan beliau selepas laporan BBC mengesahkan Carlos Ghosn merupakan individu yang mempunyai lebih dari satu pasport mewakili negara Perancis, Brazil dan Lubnan.

Pemilihan beliau untuk melarikan diri telah membuatkan beliau yang digelar legenda dalam dunia automotif kepada penjenayah yang dikhendaki ramai. Lebih parah, tindakan beliau turut mengejutkan peguamnya yang dikatakan langsung tidak berhubung mengenai aktivitinya sekaligus melabelkan membuatkan peguam beliau melabelkan Carlos Ghosn sebagai seseorang yang tidak boleh dimaafkan.

download
Naib operasi Nissan, Jun Seki. Sumber: Reuters

Keadaan syarikat Nissan juga dikatakan semakin parah selepas posisi beliau yang bakal diganti oleh Jun Seki selaku naib operasi Nissan memilih untuk meninggalkan Nissan dan sertai Nidec Corp.

Melihatkan kepada perancangan 2020 Nissan yang membariskan sejumlah besar kereta terbaru keluaran mereka, mungkin ketiadaan Carlos Ghosn bakal memberi tamparan hebat kepada syarikat ini.

JAPAN-FRANCE-NISSAN-RENAULT-AUTOMOBILE-GHOSN
Sumber: Business Insider

Untuk pengetahuan, Carlos Ghosn dengan jumlah kekayaan $120 juta (RM492.07 juta) mula bekerja bersama Nissan sehingga dilantik sebagai CEO syarikat automotif Jepun ini bermula daripada tahun 1999. Beliau juga sering dilabelkan kepada CEO yang sering bermewah meskipun sering mempraktikkan budaya pengurangan kos syarikat bagi meningkat keuntungan.

Nissan ternyata mempunyai banyak pelan sempena 2020 ini. Pengenalan Nissan Almera, Sylphy dan beberapa model elektrik antara yang menjadi perancangan syarikat dari Jepun ini.

Nissan Almera 2020 Dilancarkan Dengan Enjin 1.0 Liter Turbo

Nissan GT-R Versi Terbaru Mungkin Hadir Dengan Versi ‘Hybrid’ Atau Elektrik Sepenuhnya

Sumber