Ini berita baik buat peminat burger Carl’s Jr. Mereka akan membuka cawangan baharu dan akan memberikan anda satu tawaran yang berbaloi buat anda. Tawaran ini pula bukan hanya sah untuk sehari dua tetapi setahun.

Anda boleh menerima tawaran makan burger Carl’s Jr. selama setahun bersempena dengan pembukaan cawangan baharu Carl’s Jr. di Subang Jaya pada 9 Mac 2019 ini secara percuma. Tawaran voucher burger setahun ini dapat dinikmati oleh 100 orang yang terawal datang ke pembukaan cawangan Carl’s Jr.

Malah, anda juga dapat menikmati promosi hebat daripada Carl’s Jr. iaitu anda boleh membeli Western Combo dengan harga RM10.80 sahaja dimana harga asal adalah RM23.70. Akan tetapi, adalah diingatkan promosi hebat ini hanya terhad pada 100 set pertama setiap hari selama 3 hari.

Pastinya anda yang gemar makanan segera yang cepat dan sedap, malah ingin berjimat pastinya akan merebut tawaran yang cukup istimewa ini. Apa tunggu lagi?