Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sudah sejumlah syarikat e-dagang dan teknologi terkemuka membuang tenaga pekerja kerana mahu kurangkan kos operasi. Kini Carousell juga terpaksa berbuat sedemikian demi kelangsungan hayat syarikat.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, Carousell telah mengumumkan bahawa mereka akan mengurangkan hampir 10% tenaga kerja pada syarikat tersebut. Langkah ini perlu diambil dalam memastikan kos berkurangan dalam masa yang sama dapat memacu pertumbuhan syarikat.

Sumber Gambar: Forbes

Pengasas Carousell mengatakan selepas COVID-19, mereka optimistik terhadap peralihan dan permintaan tinggi untuk perniagaan iklaneka tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Ditambah pula dengan ketidak stabilan ekonomi pada tahun 2023 ini, syarikat Carousell kini mengambil langkah untuk mengurangkan angka tenaga kerja. Didapati sekitar 110 pekerjaan dijangka terjejas dengan langkah Carousell ini.