Malaysia merekodkan peratusan yang tinggi untuk pemanduan ke tempat kerja dengan lebih 87% rakyat Malaysia memandu sendirian.

Peratusan itu juga telah menjadikan Malaysia sebagai negara tertinggi dan terburuk menurut The Star.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasil daripada kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pusat Pengajian Tadbir dan Pengajian Politik (Cent-GPS), setelah meninjau hampir 5,000 kenderaan, mereka mendapati rakyat Malaysia yang bekerja di tengah kota atau Central Business District (CBD) di Kuala Lumpur telah memandu sendirian ke tempat kerja.

Manakala baki sebanyak 11.6% direkodkan untuk rakyat Malaysia yang membawa penumpang untuk ke tempat kerja.

toll-booth-bernama-230219
Free Malaysia Today

Cent-GPS telah melakukan tinjauan di beberapa tempat strategik antaranya adalah Ampang, Seri Kembangan, Sungai Buloh dan Petaling Jaya.

Kajian yang dijalankan dari 23 Oktober sehinggalah 25 Oktober telah dibuat daripada jam 8 pagi sehingga jam 9 pagi.

Cent-GPS turut menyatakan bahawa alasan yang membuatkan rakyat Malaysia memilih untuk memandu secara sendirian ke tempat kerja adalah disebabkan kos bahan api dan tol yang masih berpatutan.

Menurut mereka, kos bahan api dan tol yang rendah di Malaysia telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia apabila sebahagian daripada mereka memilih untuk bergerak sendirian ke tempat kerja.

Tambah mereka, rakyat Malaysia selesa untuk menghabiskan waktu secara bersendirian atau mendengar muzik kegemaran mereka tanpa perlu melayan penumpang lain.

“Ada juga yang mengadu bahawa kos tempat letak kereta di stesen LRT atau MRT adalah sama seperti tempat letak kereta di tempat kerja. Beberapa orang lain mengadu bahawa apabila mereka membuat carpooling, rakan-rakan mereka sering bangun lewat dan memberi kesan kepada mereka sehingga lewat ke tempat kerja, “kata Cent-GPS.

Amaran dari Cent-GPS

Cent-GPS turut memberi peringatan kepada pemimpin negara agar tidak terlalu mengejar janji untuk menghapuskan tol atau memberi subsidi bahan bakar secara berterusan.

Bagi mereka, idea tersebut tidak akan membawa negara ke hadapan malah Malaysia akan terus tertinggal dengan beberapa negara maju yang lain.

General
Kuala Lumpur 021118 Petrol Stations – The Malaysian Reserve

Ini kerana tol perlu dilihat sebagai fungsi utama untuk membangunkan negara dan mengawal serta mengurangkan bilangan kereta di jalan raya.

Tambah mereka lagi, dengan penghapusan tol akan memberi kesan kepada perubahan iklim dunia yang semakin hari dilihat tidak menemui penghujungnya.

Walaupun ianya adalah langkah yang tidak popular serta menyakitkan buat golongan B40, tetapi tetap dilihat wajar untuk kebersihan masa depan negara dan dunia.

Perbandingan dengan negara lain

Bagi negara kuasa besar dunia, Amerika Syarikat mencatatkan kadar 66% pemandu yang pergi secara bersendirian manakala 34% lagi memilih untuk menumpang.

Manakala bagi Sepanyol pula, sekitar 56% telah dicatatkan bagi mereka yang memandu secara berseorangan dan 44% lagi menggunakan pengangkutan awam atau memilih untuk menumpang rakan yang mempunyai tujuan yang sama.

Bagi negara yang terkenal dengan gelaran The Battleground of Europe, Belgium pula telah mencatatkan angka penurunan 5% setiap tahun bagi pemandu yang memandu secara bersendirian dan dipercayai telah turun sehingga 30%.

Berikut adalah artikel kami yang lain tentang kesesakan lalu lintas. Klik pautan di bawah untuk mengetahui cara-caranya.

Cadangan Hadkan Bilangan Kenderaan Ke Cameron Highland Untuk Elak Kesesakan

Dubai Perkenalkan Servis Dron Buat Para Penumpang Bagi Mengelakkan Kesesakan Lalu Lintas

Sumber