Pada akhir bulan Julai lalu, nama Carsome menjadi bualan ramai apabila syarikat startup platform jual beli kereta online bakal menjadi ‘startup unicorn’ pertama di Malaysia.

Terbaharu, syarikat tersebut mengumumkan secara rasmi di mana mereka telah berjaya menerima pelaburan Series D2 yang bernilai USD170 juta (RM705 juta), menjadikan nilai syarikat tersebut melonjak naik USD1.3 bilion (RM5.3 bilion). Pelaburan tersebut sekaligus memperkukuhkan kedudukannya sebagai ‘startup unicorn’ teknologi terbesar di Malaysia.

Jumlah pelaburan Series D2  itu dilengkapi dengan kemudahan kredit baru sebanyak USD30 juta (RM124 juta), menjadikan jumlah dana terkumpul USD200 juta (RM830 Juta).

Pelaburan kali ini merupakan pelaburan ekuiti terbesar dalam sejarah Carsome, menyaksikan penyertaan dari salah satu pelabur terbesar di rantau ini dan kumpulan pelabur antarabangsa baru seperti Catcha Group, MediaTek dan Penjana Kapital.

Beberapa lagi pelabur yang juga pemegang saham menguatkan lagi kedudukan Carsome termasuklah Asia Partners, Gobi Partners, 500 Southeast Asia, Ondine Capital, MUFG Innovation Partners, Daiwa PI Partners dan lain-lain. Rothschild & Co pula bertindak sebagai penasihat kewangan Carsome dalam perjanjian tersebut.

“Kami berasa terhormat dan lebih berkeyakinan dengan atas sokongan yang diberikan oleh para pelabur kami.

“Pada masa sama kami bersiap sedia untuk mencapai tahap yang lebih tinggi sambil melancarkan platform e-dagang kereta terbaik di Asia Tenggara yang kini diperkukuhkan dengan pelbagai kekuatan dalam ekosistem,” kata Eric Cheng, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome.

Carsome telah melakukan transaksi lebih daripada 100,000 kereta secara tahunan yang membawa pendapatan sekitar USD1 bilion (RM4.15 bilion).

Berita ini umpama salah satu ‘hadiah’ buat negara Malaysia bersempena Hari Kemerdekaan Ke-64 baru-baru ini. Semoga lebih banyak startup tempatan akan berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan mendapat pencapaian seperti ini pada masa akan datang.

Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah bagaimana Carsome berjaya menjadi sebuah ‘startup unicorn’ pertama di Malaysia.

Mudahkan Urusan Jual Beli Kereta, Ini Caranya Carsome Muncul Sebagai ‘Startup Unicorn’ Pertama Malaysia

Endeavor Malaysia Lancar ScaleUp Endeavor Kedua Untuk Bantu ‘Startup’ Berpotensi Tinggi

HealthMetrics Dan Lapasar Lepasi Pemilihan, Bakal Terima Sokongan Endeavor Malaysia

Sumber